Wednesday 26 February 2014

Paling manis di dunia! (Siri 1)

Jagalah hati...jangan kotori!


Ibnu Taimiyyah berkata:

"Betapa malangnya seorang manusia kalau dia keluar dari dunia tanpa mengenal benda paling manis di dunia"

Apakah benda yang paling manis di dunia?

Gula?

Krik...krik...

Ibnu Taimiyyah menjelaskan bahawa benda yang paling manis dalam kata-katanya adalah mencintai Allah.

Cuba bayangkan, kita mencintai ibu bapa kita. Maka kita akan selalu mengingatinya dan menyayangi tanpa mengharap balasan sedikit pun. Rasa yang tak perlu dipaksa-paksa untuk mengalir dalam hati sejak kita masih kecil.

Kita mencintai harta yang kita miliki. Duit dan segala yang berkaitan dengannya kita jaga dan anggap itu sebagai satu keutamaan dalam hidup kita.

Bagaimana pula untuk kita mencintai Allah?

Allah pemilik segala hati manusia. Di manakah Allah saat ini dalam hati kita?

Bagaimanakah cara terbaik kita menuju kepada Allah?

1) Bersihkan hatimu!

Pembersihan hati melibatkan banyak makna. Yang pertamanya ialah manusia membersihkan hatinya dari benda-benda yang mencacatkannya.

"Zat yang haq (Allah) tidaklah terlindung. Hanyalah anda yang terlindung memandangNya."

"Sedangkan Allah adalah Zat yang menguasai semua hambaNya." (Al-An'am: 18)

Hijab yang menghalang dari melihat zat Tuhan ialah manusia itu sendiri iaitu berupa kecacatan -kecacatan diri manusia dan alam ini.

Sehubungan dengan itu, berusahalah membebaskan diri daripada hijab-hijab yang menutupi diri kita, agar kita dapat mengenali Allah dan sifat-sifatNya.

2) Tawan nafsumu!

Syeikh Ibn Ata'illah Al-Sakandari:

"Asal segala maksiat,kelalaian dan kesenangan nafsu adalah sikap suka kepada nafsu. Sedangkan kepatuhan, kesedaran dan penghargaan diri sendiri berasal dari tidak wujud rasa suka kepada nafsu. Berkawan dengan orang bodoh yang tidak menyukai nafsunya adalah lebih baik baik kita, berbanding berkawan dengan orang alim , kalau ia menyukai nafsunya. Di manakah letak kekurangan orang bodoh yang tidak menyukai nafsunya?"

Apabila manusia suka dan redha kepada nafsunya sudah tentu akan muncul pelbagai bentuk perkara yang mencacatkan diri manusia itu sendiri. Noktah ini merupakan garis pemisah antara orang yang beriman dan oreang yang fasik.

Apabila orang menyukai nafsunya , segala yang dilakukannya dianaggap baik. Kalaupun ia menanggap buruk, pasti keburukan itu akan ditutup. Orang yang menganggap baik dirinya sudah tentu menganggap tingkah lakunya sebagai baik belaka. Akhirnya orang ini, lupa kepada Allah dan tidak mahu memuhasabah diri sendiri.

Mengikut kehendak dan dorongan syahwat adalah kesan dari suka kepada nafsu. Syahwat, maksiat dan kelalaian muncul dari sifat suka kepada nafsu. Suka dan redha kepada nafsu adalah asas segala perkara yang mencacatkan diri manusia.

Sikap tidak suka dan tidak redha kepada nafsu adalah asas kepada pemeliharaan kehormayan diri. Begitu juga dengan kesedaran. Bila mana anada tidak suka dan tidak redha kepada nafsu anda, anda akan bangkit melakukan ubudiyyah kepada Allah dan timbulnya rasa kurang anda dalam melaksanakan hak yang sepatutnya anda laksanakan kepadaNya.

*Asas segala kebaikan ialah tidak suka menurut nafsu



0 comments :

Post a Comment

 

i-Imtinan Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork