Sunday 7 December 2014

Untuk Yang Tersayang

Real life is love and happiness to serve others and connected to Allah :)


(Hakim)

Ini bukan kisah aku, cuma aku mengambilnya daripada seseorang yang sangat rapat. Meski tak lagi bersamanya tetapi jiwa terasa dekat.

Lelaki itu berkongsi kisah hidupnya yang aku rasa sangat menghidupkan aku meski telah lama aku bernafas di muka bumi ini…

(Adam)
19 Januari 2012…

Aku seorang doktor perubatan. Atau lebih tepat lagi, pakar bedah kosmetik. Cukup orang mengenali aku sebagai Dr. Adam. Sejak dari kecil, aku  diberitahu oleh media dan kebanyakan orang di sekeliling bahawa kebahagiaan adalah melalui kejayaan dan kejayaan itu adalah dengan menjadi kaya .
Dek kerana aku juga membesar dalam lingkungan keluarga yang susah, aku telah menetapkan matlamat bahawa aku perlu menjadi kaya. Lantas, aku menjadi orang yang sangat kompetitif dalam setiap perkara dan ingin menjadi yang terbaik.

Semenjak di bangku sekolah, aku sentiasa mencapai yang terbaik, dengan warna-warni trofi dan kepingan sijil pencapaian, aku terus melangkah dan tak pernah puas. Selepas tamat pengajian sebagai pelajar perubatan, aku menyambung penyelidikan dalam bidang oftalmologi.Pihak kementerian kesihatan juga ada menyediakan biasiswa dalam bidang laser untuk merawat mata. Tetapi pencapaian akademik bagiku tidak mendatangkan apa-apa kekayaan.

Bidang oftomologi pula seakan-akan lambat membawa pulangan yang besar. Aku mencari – cari yang lain. Lantas aku tertarik dengan bidang estetik di mana belakangan ini membawa pulangan dan keuntungan yang besar dalam bidang perubatan.

Tanpa berfikir panjang aku berhenti daripada meneruskan penyelidikan laser bagi merawat mata dan beralih sepenuhnya ke bidang estetik. Aku mulakan dengan penubuhan klinik estetik aku sendiri. Bermula dengan satu minggu, kemudian menjadi 3 minggu kemudian menjadi masa yang terus berjalan. Aku sendiri tidak menyangka aku akan menerima keuntungan yang sangat banyak dalam masa tidak sampai setahun.

Aku sangat gembira dengan kunjungan pesakit yang tidak putus-putus. Daripada seorang doktor, aku mengupah lagi 2 dan 3 orang doktor. Dalam setahun, aku meraih berjuta-juta pulangan. Hanya dalam setahun. Aku mula taksub dan merasa tidak pernah cukup. Aku kemudiannya mengambil keputusan untuk membuka rangkaian klinik ke Indonesia dengan harapan aku akan bertambah kaya.

Dengan duit yang banyak, aku tak terlepas untuk menikmatinya. Dari situ aku berfikir untuk membeli kereta terbaik. Ferrari edisi terbaru menjadi pilihan. Tidak cukup dengan itu, setiap hujung minggu aku akan ke Sepang untuk berlumba di trek bersama teman-teman yang lain.

Daripada sebuah kereta, aku mula berfikir untuk mendapatkan sebuah rumah mewah. Lantas aku berbincang bersama teman-teman, dan mula merancang untuk membeli tanah sendiri. Kami juga merasakan perlu bergaul bersama orang yang mempunyai status dan kaya. Maka, gadis-gadis “Miss Universe” mengisi masa-masa hujung minggu kami.

Itu adalah titik di mana aku merasakan bahawa semuanya adalah di bawah kawalan aku. Tetapi itu adalah setahun yang lalu. Ternyata sangkaan aku salah. Aku tidak mampu mengawal apa-apa, meski sedikit.

Lewat waktu itu, aku seringkali merasakan sakit tulang belakang. Aku bertemu dengan seorang teman yang juga seorang doctor untuk melakukan MRI (Magnetic Resonance Imaging) untuk mengenalpasti keadaan kesihatan yang aku tak dapat jangka waktu itu.

Malam itu, dia menelefon aku untuk bertemu.

“Engkau ada masalah dengan tulang belakang. Kelihatan seperti serius.” Katanya sewaktu pertemuan kami.

“Well, aku masih boleh ke gimnasium untuk berlari dan bersenam.” Aku menidakkan penyataan itu.

Beberapa hari kemudian, imbasan (scanning) dilakukan beberapa kali. Aku tergamam.

“Maaf , tetapi diagnosis ini tak menipu. Engkau ada kanser paru-paru tahap 4.”

“Bagaimana benda ini boleh datang?” Aku seakan-akan lupa aku juga seorang doctor perubatan yang sudah sedia maklum akan keadaan penyakit ini.

“Kanser ni dah merebak ke otak, tulang belakang, hati dan adrenal.”

Aku terdiam mendengar pernyataan itu. Baru semalam rasanya aku memiliki segala-galanya. Hari ini aku rasa aku kehilangan semuanya.

Melalui imbasan CT paru-paru yang dilakukan, aku ada berpuluh-puluh ribu tumor miliaries dalam paru-paru. Aku tak mampu berkata apa-apa.

Aku dimaklumkan meski aku menjalani kimoterapi, aku hanya mempunyai 3-4 bulan sahaja tempoh fasa untu bertahan. Pada masa itu, gambaran segala-gala yang aku memiliki kuputar semula memori. Aku membayangkan Ferrari, rumah banglo. Dahulu aku fikir itulah kebahagian untuk aku tetapi ternyata tidak. Sama sekali tidak.

Gambaran yang buat aku rasa bahagia kala ini adalah gambaran bersama orang yang tersayang, bersama-sama dalam menghadapi kesusahan. Orang-orang yang mengambil berat tentang aku dan mereka yang gembira dan menangis bersama serta mereka yang dapat mengenal penderitaan dan kesakitan yang aku alami.

Aku teringat, perayaan bersama keluarga pada tahun sebelum ini, aku pasti akan membawa kereta Ferrari dan menunjuk dengan perasaan besar hati kepada ahli keluarga tanpa memikir bahawa mungkin mereka ada kesusahan tersendiri. Aku tak memikirkan semua itu. Apa yang aku rasakan adalah aku sangat bahagia melakukan semua itu. Sangat bahagia dengan merasakan bahawa aku memenuhi maruah dan martabat yang tinggi. Semua demi rasa ego yang menebal.

Aku berkongsi satu lagi kisah lain, bahawa sewaktu aku masih pelajar perubatan, aku pernah menetap seketika di King Edward VII Hall. Dan aku berkenalan dengan seorang yang bernama Jennifer. Aku berkawan baik dengannya. Setiap kali berjalan bersamanya, ada masa Jennifer suka mengutip siput dan meletakkan atas tangannya.

Aku berasa hairan.

“Kenapa engkau perlu mengutip siput dan mengotorkan tangan?” Aku rasa tidak puas hati. Atau lebih tepat, aku tidak memahami.

Tetapi sesungguhnya, Jennifer merasakan nilai hidupan pada aspek itu. Pada aspek yang aku sendiri tidak merasakan ada nilainya sama sekali.

Di sana, aku juga dilatih untuk bersifat ihsan dan menjiwai nilai kasih sayang dalam bidang perubatan. Tetapi sayang aku tak dapat merasakannya. Selepas lulus daripada sekolah perubatan, aku ditugaskan di bidang onkologi.

Dan, setiap hari aku menjadi saksi kematian pesakit dalam jabatan kanser. Aku melihat bagaimana mereka menderita, aku melihat semua kesakitan yang mereka lalui. Aku melihat semua morfin yang mereka perlu menekan setiap beberapa minit hanya untuk melegakan kesakitan mereka. Aku melihat mereka berjuang dengan oksigen mereka menghembuskan nafas terakhir mereka.

Namun ia hanya pekerjaan. Apabila aku pergi ke klinik setiap hari, ke wad setiap hari, mengambil darah, memberi ubat yang sesuai kepada pesakit. Ia hanya pekerjaan, aku melakukannya, aku keluar dari wad, aku tidak sabar untuk pulang ke rumah, sungguh aku melakukan hanya semata-mata atas dasar pekerjaan sehingga aku sendiri memahaminya tatkala aku bergelar pesakit kanser paru-paru tahap 4.

Untuk para doktor sekalian, mudah untuk menjadi kaya apabila mengetahui caranya meski sukar.
Tidak dapat tidak, kita akan mula pergi ke dalam amalan swasta. Kita akan mula mengumpul kekayaan. Aku boleh menjamin hal ini. Hanya melakukan implan boleh membawa  beribu-ribu ringgit, itu wang yang hebat.

Dan sebenarnya tidak ada yang salah dengan yang berjaya, dengan menjadi kaya atau kaya, benar-benar apa yang salah. Satu-satunya masalah adalah bahawa banyak yang aku suka sehingga diri aku sendiri tidak dapat mengatasinya.

“Mengapa aku  berkata begitu?”

 Kerana apabila aku mula mengumpul kekayaan itu, semakin aku mempunyai, lebih banyak yang aku mahu. Dan semakin aku hendak, aku menjadi lebih taksub.

Pesakit adalah hanya satu sumber pendapatan, dan aku cuba untuk memerah setiap sen pun daripada pesakit-pesakit ini. Banyak kali aku lupa, yang aku sepatutnya berkhidmat. Entah bagaimana aku  menjadi lupa  sehinga aku tidak melihat keperluan orang lain tetapi hanya diri aku sendiri.

Meski aku diajar untuk menjadi profesional dalam merawat pesakit, aku tidak merasakan ketakutan dan kebimbangan mereka. Tidak ada sedikit pun. Tetapi aku mahu para doktor menyedari sesuatu tentang nilai seorang pesakit.

Kerana kesakitan, kebimbangan, ketakutan yang amat nyata walaupun ia bukan sebenar kepada kita sebagai doktor, itu sebenar kepada mereka.

Aku sekarang berada di tengah-tengah kitaran 5 saya kemoterapi. Aku boleh memberitahu bahawa tahap ini adalah satu perasaan yang amat dahsyat. Kemoterapi adalah salah satu daripada perkara-perkara yang aku tidak mahu walaupun musuh-musuh untuk pergi melalui kerana ia hanya penderitaan, perasaan buruk, untuk membuang, aku juga tidak tahu jika aku boleh menyimpan makanan atau tidak. 

Perasaan yang dahsyat!

Dengan kudrat tenaga yang sedikit, aku tetap berusaha cuba untuk mendekati pesakit kanser lain kerana aku benar-benar memahami rasa sakit saat ini. Tetapi agak terlewat untuk aku.

Jadi, para doktor jangan berfikir tentang hal itu baik-baik saja, walaupun kita menjadi profesional dan pakar bedah , pakar bidang pergigian . Kita boleh sampai kepada orang-orang yang memerlukan. Apa sahaja yang kita lakukan boleh membuat perbezaan yang besar kepada mereka. Bahagia itu apabila kita melakukannya untu memberi pada yang lain bukan hanya untuk diri kita.

Aku ingin menghentikan kata-kataku di sini. Dengan satu kata-kata yang aku petik daripada sebuah buku yang bertajuk “Tuesdays with Morris”. Mungkin sebahagian daripada kita ada yang membacanya.

Sesungguhnya semua orang tahu bahawa mereka akan mati. Ironinya, apabila kita belajar untuk mati maka kita perlu belajar bagaimana untuk hidup. Aku tahu mungkin kata-kata ini agak mengerikan, tetapi inilah yang aku telah lalui hingga ke saat-saat akhir ini.

Juga yang paling penting, aku merasakan kegembiraan dengan mengenal Tuhanku , iaitu Allah. Bukan hanya melalui pembacaan Al-Quran sahaja tetapi mendapatkan hubungan yang dekat denganNya. 

Memahami sebenar apa makna kehidupan yang menjanjikan kebahagiaan. Itulah nilai bermakna yang aku pelajari di akhir kehidupan ini.

(Hakim)
18 Oktober 2012…

Katil milik lelaki itu kosong. Tiada lagi yang menghuninya. Aku memerhati seketika. Moga Adam tenang di sana.

Aku meninggalkan ruangan itu. Ada proses kimoterapi lagi yang perlu aku jalani. Leukemia ini sudah sampai peringkat terakhir.Aku tahu seketika lagi aku akan mengikut jejak Adam. Bertemu kembali kepada penciptaNya.

 Tuhan, beri aku kekuatan…

Oleh: Hakim,
Pesakit Leukemia
Wad 5D

TAMAT

Iman Imtinan
9.25 Pagi








 

i-Imtinan Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork