Sunday 15 May 2016

Aku, Anak dan Matematik



'Teacher dah janji hari ni nak ajar math!' Anak itu menutur rajuk.

'Erk!' Aku terpinga. Bila masa pula aku janji nak ajar hari ni. Rabu minggu lepas saja aku janji dan telah aku tunaikan.

Ni mesti kes tak nak baca Qur'an lama-lama. Aduhai...harus bagaimana aku menguasai kelas ini bersama anak-anak?

'Teacher sama saja macam daddy. Kata nak ajar tapi tak pun. You break the promise!'

'Dush!!!' Terasa ada satu beban yang menghantuk kepalaku. Perlahan aku mengetap bibir. Anak-anak ini sejak akhir-akhir ini agak ekspresif aku kira.

Ok2. Kita baca Quran sebentar, lepas tu teacher ajar math, boleh? Aku sudah mati akal. Jika aku tak ajar mereka math, pasti mereka tak mahu membaca Qur'an hari itu.

'Boleh Shara dan Aqif?' Soalku memandang mereka berdua.

'Emm..boleh.' Shara menjawab dengan rajuknya.

'Aqif?' Soalku pada kanak-kanak lelaki itu.

'Tak nak!'

Aduh, Aqif sering membuat kepalaku pusing dengan ketidakmahuannya. 

'Shara kata boleh, betul Aqif tak nak?' Tanyaku sekali lagi.

'Bolehlah'. Lambat Aqif menutur jawapannya namun membuatku senang.

Anak-anak ini sangat meminati matematik. Kontra sekali dengan aku. Angka seperti musuh untukku tetapi aku pernah mencintai matematik sekali. Hanya sekali itu.

Saat aku berumur 17 tahun. Gadis itu menghulur tangannya padaku saat aku tak mampu lagi menguasai angka. Menemani banyak waktuku untuk bantu. Dia tak banyak bicara, tapi sering mendampingiku. Mengajarku tanpa alasan apa pun.

Menemani waktu makan, menemani waktu belajar. Itu pertama kali aku sungguh serius kerana dia mengajarku untuk mencuba dan mencuba. Kali pertama dia menunjukkan ku cara mengira. Untuk kali kedua, saat aku bertanya, dia hanya diam.

'Awak kena belajar cuba setelah buat latihan dengan saya. Lepas tu, kita akan semak jawapan bersama. Kesalahan dari situ yang akan buat awak belajar. Untuk memperbaiki dan tak diulang kembali.'

Dia menutur padaku supaya aku memahami tindakannya.

Alhamdulillah, aku dapat menguasai teknik. Dan sejak itu, aku mencintai matematik. Saat latihan, dia duduk di sebelahku. Kami berdua hanya berdiam diri. Fokus. Itu yang aku belajar banyak darinya.

Saat waktu rehat, kami menghabiskan banyak masa bersama. Ceritera pelbagai. Kebanyakan cerita tentang kami dan teman-teman yang lain. Maklumlah, kami budak sekolah asrama. Hahaha...

Sekarang gadis itu di Mesir. Bakal seorang doktor. Namun, aku masih mengingati momen itu. Tidak bertambah dan berkurang. Dan aku mencintainya fillah...

Jazakillah khair kerana sudi membantuku. Hingga saat ini setiap kali angka dan matematik datang dalam hidupku, momen itu yang membuatku senyum dan menangis. Allah menghadirkan kamu dalam hidupku. Aku bersyukur untuk itu.

Selamat Hari Guru kepada semua pensyarahku, guruku, fasiku, mentorku, buddyku dan teman seperjuangan! Banyak lagi kisah pengorbanan kalian yang tak terlukiskan olehku di sini. Aku juga mencintai kalian fillah :)
 

i-Imtinan Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork