Monday 27 January 2014

Sirna

“Huh!”
Gadis itu melepaskan keluhan sambil matanya memandang siling dalam biliknya. Serabut kepalanya membaca beberapa berita sebentar tadi.
‘Seorang lelaki ditangkap bersama seorang wanita oleh pihak jabatan agama pada pagi tadi jam 3.45. Di dapati mereka melakukan awal penzinaan dalam kereta milik lelaki berkenaan.’
“Ya Allah.”
“Si lelaki merupakan suami orang dan yang perempuan pula isteri orang lain.”
“Apa yang nak jadi dalam masyarakat hari ni?”
Gadis itu berkata-kata sendirian dalam ruang biliknya kala itu.
Dia memandang kosong research paper di atas meja belajar yang masih belum disiapkan. Assignment itu perlu dihantar sebelum akhir bulan Oktober nanti.
Gadis itu menarik nafas perlahan-lahan kemudian melepaskan nafas itu seakan-akan mengeluarkan sesuatu yang sangat dalam. Dia memejam mata rapat-rapat.


*                     *                             *


“Akak rasa facebook antara salah satu sebab kenapa boleh wujudnya pengkhianatan dalam sebuah keluarga. Antara suami isteri yang akak maksudkan.”
Zahrah berkata sambil memandang mamanya. Di ruang tamu itu hanya mereka berdua.
“Mama pun rasa macam tu juga. Banyak kes berkenalan dalam facebook dan lastly ajak keluar dan mula berlaku hal yang tak sepatutnya. Tapi yang paling kecewa bila lelaki atau perempuan dah berkahwin tapi berani keluar dengan pasangan yang lain jantina dan tiada hubungan dengan dia.”
“Bulan lepas, mama pergi jumpa dengan kawan mama sebab ada majlis masuk rumah baru. Waktu tu, mama pergi dengan abah sekali.”
Mama berhenti seketika namun mata Zahrah tetap fokus memandang mama.
“Abah kamu asyik tanya kawan mama, suaminya mana?”
“Sebab dari awal majlis sampai habis muka kawan mama dengan anak dia saja yang mama dengan abah nampak. Awal-awal dia tak nak beritahu tapi kamu tahu sajalah abah kamu tu.”
Zahrah tergelak kecil. Kelihatan giginya yang tersusun cantik.
“Abah kamu dok asyik tanya soalan yang sama dan akhirnya terbongkar yang kawan mama tu dah bercerai dengan husband dia.”
“Kenapa ma?”
Kelihatan muka Zahrah keruh seketika.
“Husband kawan mama tu curang. Dia cakap selalu suaminya tak balik. Dan satu malam dapat panggilan dari jabatan agama. Dia pun bawa anak-anak sekali sebab takut apa-apa jadi. Emm…pergi sana tengok suami kena cekup dengan perempuan lain.”
“Isy, kejam betul suami dia. Ingat sibuk kerja. Rupa-rupanya sibuk dengan perempuan lain.”
Zahrah meluahkan perasaan yang terbuku dalam hatinya. Kedengaran jelas emosinya agak terganggu sedikit tatkala mendengar cerita dari mamanya itu.
*                     *                             *
Bunyi daun pintu menyentak ingatan Zahrah. Hilang lamunan entah ke mana.
Kepalanya berpaling ke arah pintu. Atiqah melangkah masuk tanpa melihat pun ke arahnya. Zahrah yang tersenyum manis memandang temannya terus berubah mukanya tatkala senyumannya tidak mendapat balasan.
“Hai, apalah nasib dapat roommate dingin macam air batu.”
Zahrah monolog dalam hatinya sambil tangannya ligat mencatat sesuatu dalam buku. Ada banyak lagi assignment dan tutorial yang perlu diselesaikan.
“Macam mana kuliah hari ni?”
Soalan Zahrah tidak bersambut. Gadis itu berasa hairan lantas berpaling mencari kelibat temannya.
“La..tak dengar pula dia keluar bilik. Baru ingat nak ajak berbual dengan minah ni.”
Zahrah memandang sepi ruang bilik tidur yang menempatkan dua orang pelajar itu.


*                     *                             *


“Atikah bangunlah.”
“Hari ni kelas calculus kita samakan?”
“Jom pergi sekali.”
Atiqah cuma menggeliat sebelum menyambung kembali tidurnya selepas solat subuh tadi.
“Atiqah, kelas jam 9 ni. Bangunlah cepat.”
“Kalau kita pergi awal dapat duduk depan. Lagi senang nak faham lecturer ajar.”
Zahrah berkata sambil duduk di hujung katil milik Atiqah.
Atiqah bangkit sambil memandang tajam gadis yang duduk di hujung katil itu.
Zahrah cuma menunduk kerana agak kecut perutnya melihat renungan itu.
“Tak payah nak motivasi pagi-pagi ni sebab aku tak ada masa nak layan semua tu.” Atiqah berkata sambil bangkit dari pembaringan.
“Tapi, Atiqah nak pergi sekali dengan saya tak ke kelas pagi ni?”
Zahrah bertanya walau hatinya sentap mendengar perkataan kawannya itu.
“Ish, awak ni memang degilkan cik Zahrah Mohamad Falah. Yalah, tunggu kejap. Nak pergi mandi.”
Atiqah mencapai tuala di balik pintu dan sesaat kemudian bayangannya hilang.
Zahrah tersenyum kecil.
“Ya, saya memang degil. Tapi degil nak buat sesuatu yang baik kadang kala, I think that’s good.”
Zahrah terus melebar senyumannya mendengar monolognya sendiri.
*                             *                             *
Pensyarah mula menapak masuk untuk subjek professional communication tengahari itu. Subjek bahasa yang tidak ada peperiksaan langsung tetapi assignmentnya  sangat banyak.
Kelas yang mula agak hingar – bingar mula terus sunyi dan sepi. Zahrah yang pada asalnya fokus pada gajet miliknya terus mengangkat muka. Ingin mencari punca.
Gadis itu hamper terlopong melihat susuk tubuh seseorang kala itu. Kawan-kawan lain sudah ketawa berdekah-dekah.
“Nas…”.
Hampir tidak terkeluar perkataan dari mulut Zahrah.
Nasriah berpenampilan sangat berbeza hari ni. Baju ala-ala cleopard dengan shawl yang berwarna terang dan juga mekapnya kelihatan agak tebal di samping gincu yang merah menyala.
Pensyarah juga tergamam melihat situasi yang berlaku kala itu.
Nasriah yang selama ini Zahrah kenal tidak pernah seperti ini.
“Zahrah , Zahrah artis hot masuk kelas kita hari ni.” Asyraf yang duduk di hadapan berkata sambil tergelak besar.
Zahrah cuma diam. Kalau ikutkan dia juga ingin tergelak tapi dia kasihan melihat Nasriah digelakkan seisi ahli kuliah yang tidak berapa ramai dalam dewan itu.
Nasriah tetap tenang seakan-akan tidak mengerti apa-apa lantas mengambil tempat duduk yang sedia ada.
Itulah Nasriah yang satu kelas panggil innocent dan skema.


*                     *                             *


Kelas petang itu berakhir begitu cepat dirasakan. Kuliah yang berada agak jauh dari biliknya membuat Zahrah terasa begitu malas untuk pulang segera.
“Zahrah, jomlah naik motor sekali dengan aku. Bilik engkau jauhkan?”
Nasriah muncul di sebelahnya secara tiba-tiba.
“Eh, boleh ke?”
Zahrah seakan tidak percaya. Masakan tidak dia jarang sekali berbual dengan gadis itu.
“Jomlah.”
Nasriah mengajak sekali lagi.
Okay.”
*                     *                             *

“Alhamdulillah dah sampai. Thanks tau Nas sebab tolong hantar.”
Nasriah tersenyum cuma.
“Zahrah, enkau tak dengar apa-apa ke pasal roommate kau?”
Zahrah menggeleng.
Nasriah menghulurkan sekeping artikel dari surat khabar.
‘Seorang pakar motivasi di cekup bersama wanita di dalam bilik hotel’
Zahrah membaca berulang kali kemudian memandang Nasriah dengan pandangan tidak mengerti.
“Lelaki dalam ni, ayah Atiqah. Takkan engkau tak kenal?”
Zahrah menggeleng. Dia pun sememangnya baru mengenali Atiqah . Tambahan pula, Atiqah agak dingin padanya. Jangankan nak cerita pasal keluarga, pasal belajar pun jarang kongsi walaupun mereka satu bilik.
“Nasriah, awak biar betul?”
“Zahrah, berita ni dah lama tersebar. Aku pun baru dapat tahu. Tu yang saja tanya.”
“Engkau, tengok-tengokkan Atiqah tu. Aku risau sebab aku tengok dia tak macam dulu.”
Nasriah berkata serius.
“Apa maksud Nas ni?”
“Dulu aku dengan dia satu sekolah, satu kelas lagi. Dia ni orangnya periang cuma masuk saja universiti karakter dia totally changed. Risau sangat tengok dia.”
“Aku rasa ada kaitan dengan isu dalam artikel ni. Tapi aku rasa engkau boleh cuba slow talk dengan dia. Lagipun korang satu bilik. Mana tahu mungkin ada solusi.”
Zahrah terdiam seketika kemudian mengangguk. Terkesima jiwa gadis itu mendengar apa yang diperkatakan Nasriah.
“Oh, saya nak bagi Nas something.” Zahrah mencari-cari sesuatu dalam beg galasnya.
“Haa, nah.”
Zahrah menghulurkan pelembap bibir yang berwarna agak kemerah-merahan.
“Kenapa , buruk sangat ke aku pakai gincu sekarang ni?”
“Bukan buruk cuma kurang sesuai. Nanti Nas, kalau hari – hari boleh pakai pelembap bibir ni sebab lebih sesuai dan cantik kalau Nas guna yang ni.”
“Boleh ambil terus atau perlu ganti ni?”
“Alah, Nas ambillah. Boleh beli yang lain kalau keluar weekend.
“Terima kasihlah Zahrah sebab aku bukannya pandai sangat bab-bab ni tapi entahlah aku saja nak buat perubahan. Emm… tak sangka pula buruk ya.”
“Bukan buruklah Nas, cuma kurang sesuai.” Zahrah berkata sambil ketawa kecil.


*                     *                             *


Zahrah memutar-mutar pen di tangannya. Sekejap memandang laptop, sekejap memandang jam di atas mejanya.
“Bagaimana harus memulakan perbualan ?”
“Topik apa nak mula dulu?”
“Isy, takkan nak terus tanya pasal isu ni. Memang cari nahas betul kalau buat macam tu.”
Zahrah menggeleng-geleng kepalanya sendiri mendengar bisikan dari dalam dirinya.
“Dah buang tabiat ke malam-malam ni hah?” Tegur Atiqah melihat tingkah roommatenya.
Zahrah terkejut mendengar teguran itu lantas menggeleng kepala sebagai jawapan.
Suasana kembali dingin.
Zahrah kembali menatap skrin laptopnya. Ada satu pautan dalam facebook group. Tangannya pantas menekan butang klik untuk melihat.
“Skandal Tergempar: Pakar Motivasi Terkenal Dicekup Bersama Seorang Wanita Dalam Bilik Hotel”
Zahrah menelan air liur. Kelat. Pahit. Bercampur baur. Pautan itu sama seperti artikel yang dibacanya petang tadi.
Tatkala itu , Atiqah menghampirinya. Zahrah segera menutup skrin laptop yang terbuka.
“Ada apa ?”
Zahrah bertanya. Jelas kelihatan dia gugup kala itu.
“Aku rasa engkau ni pelik malam ni. Ingatkan nak tanya soalan tapi nanti sajalah bila engkau okay semula.”
Atiqah kembali ke meja belajarnya. Hatinya turut berasa aneh melihat perubahan gadis itu.
Tidak lama kemudian, Zahrah mencapai telefon bimbitnya lantas keluar dari bilik tanpa berkata apa-apa.
Atiqah menghampiri ruang belajar milik Zahrah. Hatinya benar-benar ingin tahu sebab gadis bersikap aneh malam ini. Tangannya perlahan-lahan membuka skrin laptop milik Zahrah. Tatkala itu, dia benar-benar terkesima.


*                     *                             *


Zahrah menekan punat telefon.
Assalamualaikum, Nas. Nak tanya. Ada baca tak pautan dalam facebook group kita?”
“Waalaikumussalam. Aku sibuk ni tak sempat tengok facebook lagi hari ni.”
“Nas. Tengok sekarang. Cuba tengok,cepat.” Zahrah agak tinggi suara kala itu.
“Sekejap bagi masa dalam 2 minit.” Nas bersuara acuh tak acuh.
Oh … this is really something.” Terdengar suara Nas dari telefon.
“Macam mana ni?”
“Zahrah, Atiqah dah tahu pasal ni?”
“Rasanya dia tak tahu lagi sebab dari tadi dia siapkan assignment. Tak buka facebook langsung.
“Cuba Zahrah beritahu Asyraf supaya dia delete pautan pasal ni cepat sebelum Atiqah perasan. Aku ada meeting event sekarang ni. Nanti apa-apa beritahu.”
Seketika kemudian suara Nasriah hilang di balik maya.
“Aduhai, si Asyraf ni pun satu hal. Punya banyak isu baru dalam Malaysia ni, isu yang lama itu juga dia nak post.”
Pantas tangannya menekan punat. Dia perlu selesaikan hal ni segera sebelum sampai ke pengetahuan Atiqah.


*                     *                             *

Gadis itu menapak masuk ke dalam billiknya. Sunyi dan sepi. Tiada kelibat Atiqah dalam ruang yang sederhana kecil itu.
Zahrah ternganga melihat skrin laptop yang ditutup sebentar tadi kini jelas terbuka pada matanya.
“Aduh, Atiqah dah baca ke?”
Zahrah terduduk atas kerusi kecil. Fikirannya berharap agar tanggapannya sama sekali tidak menjadi kenyataan.


*                     *                             *


Zahrah mundar-mandir sejak dari tadi. Jam menunjukkan hampir pukul satu pagi. Kelibat Atiqah tidak muncul dari tadi. Telefon pun tak diangkatnya. Kawan-kawan yang lain pun tidak tahu di mana keberadaan Atiqah saat ini.
Dia yakin Atiqah sudah terbaca pautan dalam facebook tadi kalau tidak masakan sampai sekarang belum balik lagi. Lagipun, Atiqah bukan jenis yang merayap malam-malam buta macam ni.
Segera gadis itu menghubungi seseorang.
“Hello Nas. Atiqah tak balik dari tadi. Zahrah rasa dia dah baca pasal pautan tadi. Macam mana ni?”
“Rileks, aku ambil engkau depan apartment bilik kau. Aku yakin dia ada sekitar sini. Kita cuba cari dia.”
Zahrah segera menyarung cardigan labuh miliknya dan tudung sarung dengan kadar yang segera. Pantas kakinya menapak meninggalkan ruangan biliknya.
Gadis itu tidak menunggu lama tatkala kelibat Nasriah yang menunggang motosikal menerpa pada pandangan matanya saat itu.
“Kita nak cari dia di kawasan mana dulu ni?”
“Kita cari kawasan belakang apartment ni dulu.” Zahrah mengajukan cadangan.
“Aku tak rasa yang Atiqah tu nak pergi kawasan belakang tu. Kawasan hutan tu. Pagi-pagi buta macam ni?.”
“Alah, kita pergi lalu jalan tu saja. Tak payah masuk kawasan hutan.” Zahrah memandang Nasriah meminta persetujuan.
“Yalah, tapi apa-apa kau yang tanggung.”
“Okey Nas.” Zahrah menunjukkan simbol okay pada temannya itu.
Motor itu bergerak dengan kelajuan sederhana melalui lorong sunyi itu.
“Tak logiklah, Atiqah tu ada di kawasan ni.”
Nasriah bersuara sambil matanya melilau melihat kawasan persekitaran. Meremang juga bulu romanya tatkala melalui kawasan ini. Agak suram dan kelam.
“Nas,berhenti!”
“Ada apa?”
“Zahrah nampak ada benda bergerak dalam kawasan tu.”
“Isy, merepeklah. Jomlah kita pergi cari di kawasan lain.”
“Berhenti sekejap saja.”
Nasriah segera memberhentikan motosikal. Pandangan masing-masing tertumpu pada kawasan semak itu. Tidak kelihatan apa-apa. Dan kemudian…
“Allahuakbar!!!” Nasriah menjerit agak kuat.
“Cepat Nas, babi hutan besar tu. Bawa laju –laju motornya . Nanti babi hutan tu dapat kejar kita habislah.”
Berpeluh Nasriah dengan keringat terus memecut motosikal tanpa menoleh ke belakang. Zahrah juga langsung tidak menoleh cuma memandang cermin sisi motorsikal untuk melihat keadaan di belakang.


*                     *                             *


Nasriah memberhentikan motosikal di laluan hadapan apartment tadi.
“Aku dah cakap tak payah. Nak pergi juga. Tengok kita bukan jumpa Atiqah, yang jumpanya ‘makhluk’ tu.”
Sorry Nas, Zahrah pun tak expect jumpa benda macam tu. Jadi, sekarang nak cari Atiqah macam mana?”
Seketika, nada dering milik telefon Zahrah menyentak kedua-dua mereka.
“Atiqah!”
Hampir menjerit suara Zahrah kala itu.
“Hello, Atiqah. Kat mana ni?”
“Zahrah, aku nak masuk bilik tak boleh sebab kunci. Boleh balik bilik sekarang tak?”
“Nanti kejap lagi Zahrah balik. Tunggu ya.”
Seketika kemudian talian diputuskan.
“Atiqah dah balik bilik. Alhamdulillah, hampir nak gugur jantung di buatnya malam ni.” Zahrah menjelaskan. Ringkas. Kemudian gadis itu tersenyum nipis.

*                     *                             *


“Atiqah, awak okey ke?”
Sunyi. Tiada balasan.
Atiqah memejam mata. Lengannya diletakkan di atas dahi. Masing-masing senyap di atas katil.
Zahrah turut memejamkan mata kemudiannya. Mungkin Atiqah benar-benar sudah tidur.
Esakan kecil kedengaran perlahan. Lantas Zahrah menoleh melihat Atiqah yang berada tidak jauh dari katilnya.
“A…”
Suara Zahrah tidak kedengaran. Esakan itu membuatnya hiba. Kelihatan Atiqah menutup muka dengan bantal kepunyaannya.
Zahrah diam memandang sayu. Langit di luar masih gelap.
“Dia lelaki yang keji sangat!”
Atiqah bersuara sambil teresak-esak.
“Ada ayah tapi macam tak ada saja.”
Gadis itu meneruskan esakannya.
Zahrah yakin Atiqah bercakap mengenai ayahnya. Sah gadis itu sudah membaca status dalam facebook malam tadi. Zahrah diam memberi ruang gadis itu bersuara. Dia bangkit lantas duduk di pinggir katil.
“Atiqah.” Sayu suara Zahrah.
“You know what…he raped my sister. He did it! Then, lelaki tak guna tu banyak kali kena tangkap kena cekup dengan perempuan lain. Donno why my mom still wants to live with that devil?! I really hate him so much. He is a motivator but actually he is not! Damn!”
Atiqah bangkit sambil menutup muka dengan kedua tapak tangannya. Zahrah terpaku namun perlahan-lahan air matanya turut tumpah. Perasaanya terasa berat. Akhirnya dia turut teresak-esak.
Sorry, really don’t know about this.”
Atiqah mengeleng-geleng mendengar ungkapan Zahrah.
“Bukan salah engkau pun. Memang takdir hidup aku macam ni. Banyak yang aku tak faham kadang-kadang.”
Atiqah bersuara sambil air matanya tidak berhenti-henti mengalir di pipi.
“Atiqah, jangan sedih ya. Mulai hari ni, ada apa-apa masalah boleh share. Jangan pendam seorang saja. Honestly, I’m not a good advisor but you can trust me as a good listener even selalu juga tidur dalam kuliah. Haha…”
Zahrah ketawa sambil mengesat air matanya sambil menyambung kata-katanya.
“Kalau orang cakap yang buruk-buruk pasal awak atau keluarga awak, biarkan mereka. Suka sangat makan ‘ketupat’ harap-harap cepat mereka taubat.”
Atiqah yang mendengar tergelak besar mendengar omelan Zahrah.
Zahrah senang melihat perubahan pada wajah gadis itu. Pagi yang hening itu mereka berkongsi dan berceloteh hingga ke awal terbit mentari yang bersedia menerangi penduduk bumi dengan sebaran cahayanya yang terang.


*                     *                             *


“Abah, lelaki ni apa sebenarnya?”
Zahrah bertanya. Abah yang mendengar tegelak kecil.
“Abah tak dapat tangkap maksud soalan Zahrah ni.”
Abah yang dari tadi membaca surat khabar segera mengalihkan perhatian pada anak bongsunya itu.
“Emm…maksud Zahrah sekarang ni macam-macam isu pasal ayah rogol anak, suami main kayu tiga dan ada pula yang dera anak dan isteri sendiri. Zahrah takutlah abah. Kadang-kadang Zahrah pening baca pasal isu semua ni. Lelaki ni semua jahat ke, abah?”
“Bukan macam tu. Tak adil kalau Zahrah keluarkan statement macam tu sebab ada juga perempuan yang curang pada suami dia. Nak katanya, bukan semua jahat ada juga yang baik. Ingat tak ayat Quran dalam Surah Nur kalau abah tak silap.
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
“Allah tunjuk pada kita dalam dunia ini, ada yang baik dan ada juga yang jahat.”
“Jadi, kalau nak berkahwin Zahrah carilah pasangan yang soleh tapi untuk mendapat yang soleh kita kena bentuk diri kita menjadi peribadi yang baik terlebih dahulu untuk pasangan kita. Kadang kala bila ada sesuatu yang kurang baik berlaku dalam rumah tangga, kita kena reflect balik. Mungkin kita tak menjaga hubungan sebelum pernikahan. Keluar sana sini tanpa batasan dah impaknya berlaku dalam rumahtangga sebab dari awal-awal sebelum pernikahan tak jaga batas-batas yang sepatutnya. Jadi macam mana nak dapat berkah, mawaddah dan rahmah yang Allah dah janjikan dalam rumahtangga.”
Panjang lebar abah memberi penjelasan.
“Abah, doakan Zahrah ya.”
“Aik, Zahrah dah ada calon ke?”
“Calon tu tak ada lagi abah cuma minta abah doakan Zahrah selalu ya moga-moga bertemu pasangan soleh macam abah cakap tadi.”
“Abah selalu doakan semua anak-anak abah. Cuma Zahrah kena matangkan pemikiran. Abah tengok dari dulu sampai sekarang merajuk kuat betul. Makanann pun mama yang masakkan lagi. Macam mana nak kahwin ni?”
“Ish, abah ni. Zahrah dalam proses jadi matang sebab tu tanya pasal ni.”
“Emm…ada saja jawapan kamu tu.”
Abah menghabiskan bicara sebelum menghirup air kopi yang mama sediakan untuk sarapan pada pagi itu.
Zahrah tersenyum .
Satu sms masuk. Pantas matanya mengalihkan perhatian. Mesej dari Atiqah.
Alhamdulillah kes penceraian selesai. Lepas ni kami satu family akan pindah ke rumah nenek. Mak aku pun nampak lebih tenang sekarang. Dan yang penting aku dah tak nak ingat dan tak nak jumpa lelaki kejam tu lepas parents aku cerai ni.”
Zahrah membaca beberapa kali.
“Alhamdulillah. Tumpang gembira dengar hal ni. Atiqah, doakan ayah awak semoga dia dapat jumpa jalanNya kembali.”
Zahrah membalas sms itu tidak berapa lama kemudian menerima balasan.
“Quite hard nak doakan orang macam dia tapi give me time for all these things.”
Zahrah membaca sms ringkas itu.
“Ya, Atiqah memang perlu masa untuk semua ni. Moga Allah tunjuk apa yang terbaik.”
Doa gadis itu dalam hati.


*                     *                             *


Atiqah mengangkut bagasi dan di letakkan di penjuru bilik. Kelihatan katil milik Zahrah sudah siap dikemas dan disusun atur.
Atiqah memandang ruang bilik yang sederhana luas itu. Semester baru ini dia berazam menjadi gadis yang lebih bersemangat. Apatahlagi Zahrah tidak putus-putus memberi sokongan padanya dan Nasriah teman sekolahnya dahulu pun kembali rapat dengannya dan selalu memberi galakan untuk menjadi orang yang lebih kuat setiap hari.
“Alhamdulillah.” Gadis itu mengucap syukur dalam hatinya.
Dia menghampiri meja belajar. Ada satu bungkusan hadiah terletak elok di atas mejanya.
“Khas untuk bidadari bermata bundar.”
Atiqah tersenyum. Zahrah suka menggelarnya dengan panggilan itu.
Dia membuka bungkusan perlahan.
Satu foto album yang sangat cantik dengan sulaman pada cover hadapan. Dia membuka satu persatu helaian …
“Allah cakap Dia sangat dekat dengan hambaNya. Dia tidak pernah tinggalkan kita.”
Ada satu gambar pemandangan di bawah quotation itu.
Atiqah membuka helaian seterusnya.
“Zahrah Binti Mohamad Falah adalah sebahagian daripada keluarga awak juga!”
Ada satu gambar mereka berdua di bawah quotation itu.
Setiap helaian terdapat quotation dan gambar yang menyentuh perasaannya.
Akhir album satu kata-kata membuatnya berfikir lama.
“Atiqah, awak sangat baik. Saya yakin awak akan dapat pasangan yang baik macam awak juga. (Doakan Zahrah, huhu saya pun nak pasangan yang soleh J )
Satu gambar tangga menuju ke langit yang bercahaya. Sangat cantik foto itu. Di hujung gambar terdapat kata –kata ringkas.
“Sampai syurga.”
Dia menghentikan fokus pada album itu tatkala satu pesanan ringkas masuk ke inbox.
“Salam, awak dah daftar masuk bilik belum. Kalau dah, jom join saya dengan Nas kat Café Fakulti. Tengah makan ni. Nasriah yang masak. Cepat-cepat. Haa.. tak payah kemas bilik lagi nanti malam kita kemas sama-sama.Huu…makanan dah nak habis ni.”
Atiqah tersenyum lebar membaca isi sms tersebut.
“Tunggu. Nak gerak ni.”
Lantas tangannya menekan butang send.
Kakinya melangkah meninggalkan ruangan itu. Kini, dia kembali lagi ke universiti itu. Untuk menjadi seorang yang lebih baik dan lebih semangat kerana dia bukan lagi Atiqah yang dahulu tetapi dia kini Atiqah yang baru. Atiqah yang lebih memahami hakikat kehidupan yang sebenar.

TAMAT

Ibrah/pengajaran: 
 * Hidup tak selamanya kelam.Yakin dan bergantung pada Dia kerna Dia Maha Tahu
SMILE :-) 




























Saturday 18 January 2014

JAKET LABUH MUSLIMAH

Assalamualaikum, buat muslimah yang tercari-cari jaket labuh muslimah. Di sini, pihak Imtinan Shop menjual pelbagai jenis jaket labuh khusus untuk muslimah :)

JAKET LABUH DESIGN D JL008 DARI IMTINAN SHOP - HANYA BERHARGA RM49.00 PERCUMA (TIDAK TERMASUK POSTAGE) . TERDAPAT 2 WARNA (HITAM & DARK BROWN) UNTUK DIMILIKI OLEH ANDA SEMUA. 

Koleksi JAKET LABUH DESIGN D JL008 DAN JL009 ini mempunyai "pattern" yang berjalur dari bahagian leher ke bawah menjadikan jaket muslimah tampak lebih elegent & kemas. JAKET LABUH DESIGN D JL008 sesuai untuk wanita berketinggian 155cm ke atas.

* Boleh diaplikasikan sebagai blouse atau jaket muslimah)
* Labuh sehingga paras lutut.
* Stok terhad
* Sesuai juga untuk membuat sulaman nama, logo dan nama persatuan

Tambahan RM2 untuk saiz 4L & 5L.






 




# CEO JAKET MUSLIMAH (JL010)
# 100% HIGHT QUALITY MATERIAL
# MATERIAL SEJUK & STRETCHABLE
# TAMPAK LEBIH SOPAN & ELEGENT
# CUSTOME MADE: S, M, L, XL, XXL, XXXL

# BOLEH REQUEST UNTUK TAMBAH LABUH DAN TUKAR DESIGN POKET
# HARGA RM 130 (TIDAK TERMASUK POSTAGE)







Thursday 16 January 2014

Tarbiyyah itu satu perjalanan


Tarbiyyah itu apa sebenarnya?

Pendidikan ??

Pembelajaran ??

Pengajaran??


Banyak ruang lingkup yang mendefinasikan makna tarbiyyah. Cukup bagi seorang yang bergelar insan itu mengetahui bahawa tarbiyyah itu adalah satu proses yang merubah seseorang dari kurang baik ke arah yang baik atau proses perubahan dari yang baik kepada yang lebih baik.


Tarbiyyah rabbaniyyah dari Allah itu secara langsung tetapi ramai yang tidak menyedari seperti hikmah di sebalik solat , puasa, dan pelbagai lagi perintah Allah yang menjanjikan tarbiyyah melalui rukun iman dan rukun islam itu untuk sang hamba yang sering alpa. 


Oleh yang demikian , seorang manusia perlu sedar bahawa dia adalah agent of change untuk ummah bagi bergerak menyebar tarbiyyah dari Rabb dalam kerangka kejahilan yang begitu meluas. Untuk apakah tarbiyyah ini?


Sudah tentu membawa manusia mengenal Tuhannya terlebih dahulu sebelum mengenali yang lain. Ada orang membawa perkara lain sebelum Islam. Tatkala pemahaman terhadap agama kurang maka akan berlaku kejahilan dalam satu tindakan. Jiwa-jiwa sang daie itu perlu bertapak pada dasar aqidah islam sebelum bercabang pada perkara-perkara lain.


Tatkala kita mengatakan dakwah itu membawa seorang manusia mengenal Tuhan sudah pasti seorang daie yang menyeru kebaikan itu perlu menggunakan sarana-sarana atau cara-cara yang baik dalam menyampaikan dakwahnya.


Bagaimana seorang daie itu dapat menyampaikan dakwah yang suci ini dengan cara kotor dan salah? Dan bagaimana pula daie itu mampu menarik hati orang lain mengenal Allah tatkala hatinya sendiri bergelumang dengan noda dan dosa?


Lantas, kita perlu sedar bahwa tarbiyyah itu bukan dalam kerangka bagi mereka yang jahil sahaja tetapi dalam masa yang sama tarbiyyah itu juga diperlukan bagi mereka yang merasa bertanggungjawab menyebar kebaikan kepada orang lain. 

Tarbiyyah itu proses merubah diri ke arah yang lebih baik dan menyeru orang lain ke arah kebaikan itu.

Dua proses inilah yang menjadi kepentingan tarbiyyah sebagai wasilah keberhasilan dakwah itu sendiri.




Lihatlah alam ciptaan Tuhan ini.


Monologlah dengan hati kalian sendiri.


Muhasabahlah dengan hati dan jiwa sedalamnya.


Mudah-mudahan kita semua dapat memperbaiki diri selalu...Amin.


Sungguh, lelah sekali hidup dalam dunia ini. Maka iman dan islam itu yang mewarnai dan menguatkan apa di dalam diri manusia tatkala dia sudah penat dan letih serta merasa kosong menghadapi materialisme kehidupan dunia.


Letakkan kerangka rabbaniyyah dalam perjalanan menuju kampung akhirat. Jangan ditinggal dunia tetapi letak asas akhirat dalam kehidupan dunia ini.

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّـهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّـهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ ﴿٧٧

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi...”(QS. al-Qashash : 77)
 

i-Imtinan Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork