Wednesday 7 October 2015

Moment of silence

Its hard to say even a word.....

Banyak manusia, banyak ragamnya. Pelbagai kehidupan, pelbagai mehnah dan tribulasinya. Pelbagai diskusi, pebagai perbicaraannya.

Dia suka belajar kerana kehidupan membuatnya menjadi lebih dewasa. Cuma saat ini, dia tak suka berbicara. Saat ini dia lebih suka memerhati kerana banyaknya keadaan yang baru datang kepadanya membuat dia bertindak memerhati.

Banyaknya provokasi dan persoalan itu membuatnya kadangkala tak bisa bernafas. Persoalan dan lontaran idea itu baik tetapi mestilah berhikmah. Dia terpikat dengan dakwah tarbiyyah ini kerana hikmah dalam nasihat dan juga qudwah itu.

Saat ini, dia merasakan bahawa nilai itu semakin pudar. Banyaknya soalan yang baik cuma lontaran dalam hikmah itu semakin tenggelam. Dia menjadi tidak ingin berbicara.

Dia teringat satu saat dahulu, dia menjadi takut untuk melontar bicara. Tetapi seorang akhawat yang pernah menjadi murabbinya memegang erat bahunya dari arah belakang. Sebagai tanda semangat suapaya dia berbicara. Dengan lontaran itu, membuat dia kuat intuk berbicara dengan berhikmah.

Saat ini, rasa itu tidak ada. Saat diamnya itu bukan bermaksud dia tidak mahu mendengar atau bertindak apa-apa. Tetapi, dia berfikir kerana dia tidak seperti yang lain. Dia mengambil masa yang lama hanya untuk berfikir. Dia berbeza. Itulah dirinya.

Saat ini, dia ingin mengambil satu langkah untuk berundur sementara. Bukan bererti mengalah. Moga moment of silence saaat ini menjadikan dia mampu untuk mengorak dua langkah ke hadapan satu saat nanti. Dengan izin Tuhan....

Kredit

 

i-Imtinan Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork