Tuesday 18 November 2014

Bekalan Dakwah (Edisi 2.0)

(Kredit)


Hidup untuk dakwah.

Kalau berdakwah memang semua orang mampu untuk melakukannya tetapi cinta akan dakwah itu sesuatu yang bukan semua mampu untuk merasainya.

Cinta itu perlu pengorbanan masa, harta dan juga jiwa seorang mukmin itu.

Juga Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta
mereka dengan memberikan surga untuk mereka.Mereka berperang pada jalan Allah; lalu
mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari
Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran.

Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat,
yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu."

[QS.At-Taubah:111-112]

Kita para daie hari ini perlu sentiasa bersedia kerana dakwah itu menuntut lebih dari yang kita ada. Masa lapang kita, harta kita , dan paling penting jiwa -jiwa yang merindui jalan dakwah ini.

Sesungguhnya bukan dakwah yang memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukan dakwah. Jangan di biarkan dakwah kita kontang dan kering.

Jadikan 'Q' itu sebagai bekalan terbaik sepanjang menelusuri jalan warisan anbiya' ini.


1) Q itu merujuk kepada Quran.

Apa makna seorang daie tanpa Quran?


Pesanan dan taujih dari Allah lah bekalan dan tunjang kekuatan dalaman dan ruhiyah terbaik sepanjang zaman. Isilah masa meski hanya sehelai muka surat Quran dalam hidup sehari-hari. Agar hati dalam dadamu hidup dengan ingatan dari kalamNya.

Fahami dan tadabburlah peringatan dan nasihat dari Rabb yang Maha Kuasa. Dia yang paling mengerti dan memahami apa yang berada dalam hati manusia. Dia juga yang paling memahami kemampuan dan kadar iman seorang hambaNya. Jalan dakwah ini pasti menjanjikan kebahagiaan meski kesempitan. Dan rasa kebahagiaan itu hadir saat kita tahu tatkala kita hampir putus dan tidak punya sesiapa, kita masih sedar bahawa kita ada Allah dan kita kepunyaan Allah


2) Q kedua merujuk kepada qiyamullail.

Apakah yang membuatkan qiyamullail menjadi suatu indikator yang istimewa?


Sesungguhnya, amalan qiyamullail menjadi kemuliaan bagi seorang mukmin. Membentuk kekuatan dalam sebagai salah satu bekalan terbaik untuk menguatkan diri menghadapi tentangan apa - apa sekalipun.

Pesan Rabb dalam bicara kalam yang penuh mukjizat iaitu Quran..

"Wahai orang yang berselimut. Bangunlah sepertiga atau seperdua malam. Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat bagimu..

Muqaddimah Al-Muzzammil.


3) Q juga boleh rujuk kepada qawiyy.

Yang merujuk kepada maksud kekuatan. Seorang daie itu perlu kuat dari segi kesihatannya, mindanya dan spiritualnya.


Bagaimana seorang daie mahu mengajak orang lain untuk sama-sama berjalan atas landasan dakwah tatkala dia juga mudah lemah semangatnya, mudah lemah keinginannya dan juga lemah pemikirannya?

Azam yang lemah tidak membantu untuk membentuk keinginan itu terwujud. Azam itu perlu kuat disusuli usaha dan tawakal yang tidak putus-putus mengharap pada RabbNya.


4) Q juga merujuk kepada qudwah.


Qudwah itu bermaksud contoh atau role model. Daie perlu peka bahawa seorang daie itu perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik.


Bagaimana dia mampu menarik hati mad'u ( orang yang di dakwahinya) andai dia tidak langsung menunjukkan contoh dan ikutan yang baik.

Contoh, seorang itu bersemangat mengajak ke arah kebaikan atau bersegera dalam mengajak orang lain membuat kebaikan tetapi dia sendiri dalam masa yang sama, selalu subuh lambat atau 'subuh gajah'. Ini perlu diperhatikan agar nilai akhlak dan aqidah yang mantap menghiasi diri sang daie terlebih dahulu. Atau kata lain, seorang daie itu perlu mengislahkan diri (menambahbaik) sebelum mengislahkan orang lain.


5) Q lain boleh merujuk pada Qiblat.

Yakni tujuan seorang daie walau di lapangan mana dia berada, dia perlu qiblatkan hati dan amalnya hanya untuk Allah. Kadangkala hati ini selalu berbolak-balik di sebalik nikmat dunia yang mengelabui akhirat. Inilah peranan qiblat iaitu melalui cara tajdid niat (memperbaharui niat). Tajdid niat ini bukan berlaku pada permulaan sahaja tetapi dalam seluruh fasa hidup memang memerlukan tajdid niat sentiasa.


6) Q seterusnya merujuk pada qalbun iaitu hati.

Bagaimana dia mampu merasai kemanisan berdakwah andai tiada qalbu dalam dakwahnya?

Hidupkanlah qalbumu dengan sentiasa ingati Allah. Sesungguhnya maka apabila hati baik, maka baiklah seluruhnya.

Rasul mengingatkan :

“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati”

(Riwayat Imam al-Bukhari.)

Dalam hadis lain:

Dari Abu Hurairah, Abdurrahman bin Shakhr radhiyallahu’anhu, dia mengatakan bahwa Rasulllah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Allah tidak melihat fizik dan rupa kalian, akan tetapi Allah melihat hati [dan amal perbuatan] kalian.”

(HR. Muslim no.2564)

7) Q yang seterusnya merujuk kepada qorinah iaitu kawan atau teman.

Dalam jalan dakwah ini kita sentiasa memerlukan sahabat dan teman yang soleh yang mampu ingatkan kita padaNya selalu kerana kita perlu sedar bahawa jalan dakwah bukan jalan yang dihiasi karpet merah.

Tetapi jalan dakwah ini adalah legasi dari jalan para nabi-nabi terdahulu yang sentiasa penuh dengan ranting-ranting halangan yang kadangkala menyakitkan. Maka sokongan dalam jalan dakwah ini sememangnya memerlukan orang-orang yang merupakan sahabat yang akan selalu bersama-sama menyokong dalam jatuh bangun sepanjang jalan dakwah ini.

8) Q yang terakhir adalah 'qaryah' yang bermaksud kampung.

Seronok tak kalau kita dapat balik kampung?


Kebanyakan kita pasti rasa seronok dan bahagia . Seorang daie pun perlu begitu juga. Kampung di sini merujuk kepada syurga yang kekal abadi. Sungguh kita bukan orang dunia tetapi kita adalah orang akhirat yang menumpang di dunia untuk mencari bekalan untuk pulang ke kampung halangan kita iaitu negeri akhirat.

Motivasi syurga itu satu janji Allah untuk hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Daie itu perlu dan sentiasa cuba untuk merasakan manisnya syurga Allah tatkala manusia lain berpusu-pusu mencari syurga dunia yang sementara. Persiapkanlah bekalan sebaiknya untuk pulang ke kampung halaman yakini syurga yang tiada tandingnya di samping dengan harapan dapat berjumpa Allah, rasulullah dan sahabat serta orang-orang yang shalih di sana.


Hidupkan jiwa daie kerana ramainya masyarakat yang belum menikmati nikmatnya mengenal Islam. Jadilah seperti buah utrujjah yang rasanya manis dan berbau harum. Sebarkanlah islam agar keharumannya tersebar ke seluruh dunia dan di mana sahaja dakwah kepada Islam itu mengalir.

Moga Allah ketemukan kita di tempat yang lebih baik. Biiznillah...

Monday 10 November 2014

Kebersamaan Satu Anugerah Terindah!

Kebersamaan itu satu anugerah yang indah!


Sudah lama tinggal halaman pena ini. Hambatan-hambatan sepanjang jalan itu selalu ada cuma kita perlu persiapkan diri sebaiknya untuk menghadapi tentangan dan hambatan yang kadang kala buat kita goyah dan tidak kuat untuk terus melangkah.


Tarbiyyah dan dakwah ini bukanlah milik kita tetapi Dia, Sang Maha Pencipta. Sekuat apa pun jundi dalam medan lapangan dan amal, hanya kepada Allah jugalah kebergantungan segala usaha dan harapan. Sehebat apa pun seorang kader dakwah, hanya Allah jualah sandaran segala kekuatan dan kelebihan.


Jalan ini bukan jalan yang boleh dilakukan seorang diri. Wallahi!


Jalan ini adalah jalan para Nabi dan para sahabat yang memerlukan dukungan dan kebersamaan yang jelas tentang kefahaman dan kebenaran yang dibawa. Tetapi, percayalah perkara ini memerlukan masa dan usaha. 


Dalam halaman ini, kongsi satu curahan hati seorang da'i...


"Ustaz, dulu ana merasa semangat dalam dakwah. Tapi belakangan ini rasanya semakin hambar. Ukhuwwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah- ikhwah banyak pula yang aneh-aneh.


 Begitu keluh kesah seorang mad’u kepada murabbinya di suatu malam.Sang murabbi hanya terdiam, mencoba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad’unya. “Lalu, apa yang ingin antum lakukan setelah merasakan semua itu?” sahut sang murabbi setelah sesaat termenung.


“Ana ingin berhenti saja, keluar dari tugas ini. Ana kecewa dengan perilaku beberapa ikhwah yang justru tidak islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti, kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, ana mendingan sendiri saja…” jawab mad’u itu.


Sang murabbi termenung kembali. Tidak tampak raut terkejut dari roman wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itu memang sudah diketahuinya sejak awal.“Akhi, bila suatu kali antum naik sebuah kapal mengarungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah amat bobrok. 


Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang keropos bahkan kabinnya bau kotoran manusia. Lalu, apa yang akan antum lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?” tanya sang murabbi dengan kiasan bermakna dalam. Sang mad’u terdiam berpikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam melalui kiasan yang amat tepat.“Apakah antum memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?” sang murabbi mencoba memberi opsi.


“Bila antum terjun ke laut, sesaat antum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan antum untuk berenang hingga tujuan? Bagaimana bila ikan hiu datang? Darimana antum mendapat makan dan minum? 


Bila malam datang, bagaimana antum mengatasi hawa dingin?” serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang mad’u.



Tak ayal, sang mad’u menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kadung memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.



“Akhi, apakah antum masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju ridho Allah?” Pertanyaan menohok ini menghujam jiwa sang mad’u. Ia hanya mengangguk.


“Bagaimana bila temyata mobil yang antum kendarai dalam menempuh jalan itu ternyata mogok? Antum akan berjalan kaki meninggalkan mobil itu tergeletak di jalan, atau mencoba memperbaikinya?” tanya sang murabbi lagi.


Sang mad’u tetap terdiam dalam sesenggukan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya, “Cukup ustadz, cukup. Ana sadar. Maafkan ana. Ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat medali kehormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan…”


“Biarlah yang lain dengan urusan pribadi masing-masing. Ana akan tetap berjalan dalam dakwah ini. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-Nya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana”, sang mad’u berazzam di hadapan murabbi yang semakin dihormatinya.


Sang murabbi tersenyum. “Akhi, jama’ah ini adalah jama’ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi di balik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah pribadi-pribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan Allah.”


“Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta’ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka.”


“Futur, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu disikapi dengan jalan itu, maka kapankah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?” sambungnya panjang lebar.


“Kita bukan sekedar pengamat yang hanya bisa berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafirpun bisa melakukannya. Tapi kita adalah da’i. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanat oleh Allah untuk membenahi masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya mengeksposnya, yang bisa jadi justru semakin memperuncing masalah.” “Jangan sampai, kita seperti menyiram bensin ke sebuah bara api. Bara yang tadinya kecil tak bernilai, bisa menjelma menjadi nyala api yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!”


Sang mad’u termenung merenungi setiap kalimat murabbinya. Azzamnya memang kembali menguat. Namun ada satu hal tetap bergelayut dihatinya. “Tapi bagaimana ana bisa memperbaiki organisasi dakwah dengan kapasitas ana yang lemah ini?” sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.


“Siapa bilang kapasitas antum lemah? Apakah Allah mewahyukan begitu kepada antum? Semua manusia punya kapasitas yang berbeda. Namun tidak ada yang bisa menilai, bahwa yang satu lebih baik dari yang lain!” sahut sang murabbi.


“Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang beriman. Bila ada sebuah isyu atau gosip, tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghil (dengki, benci, iri hati) antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal yang mantan budak hina menemui kemuliaannya.”


Suasana dialog itu mulai mencair. Semakin lama, pembicaraan melebar dengan akrabnya. Tak terasa, kokok ayam jantan memecah suasana. Sang mad’u bergegas mengambil wudhu untuk qiyamullail malam itu. Sang murabbi sibuk membangunkan beberapa mad’unya yang lain dari asyik tidurnya.


Malam itu, sang mad’u menyadari kekhilafannya. Ia bertekad untuk tetap berputar bersama jama’ah dalam mengarungi jalan dakwah. Pencerahan diperolehnya. Demikian juga yang diharapkan dari Antum/antunna yang membaca tulisan ini.. Insya Allah kita tetap istiqamah di jalan dakwah ini.. Dalam samudera tarbiyah ini.



 

i-Imtinan Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork