Monday 8 September 2014

Tadhiyyah (Pengorbanan) Dengan Cinta

Nah, terimalah hadiah tak seberapa dari ana :)

" Dalam satu halaqah, terdapat seorang akh yang selalu dan pasti hadir awal. Namun, 

belakangan ini, beliau seringkali datang lewat."




# Kalau kita merupakan ahli halaqah dengan akh tadi, apakah mind set kita terhadap kelewatan beliau

 untuk ke halaqah?

1) Mungkin nak futur???

2) Mungkin ada hal keluarga???

3) Entahlah???

"Oleh yang demikian, beberapa ikhwah dalam halaqah tersebut mengambil keputusan untuk menyelidiki punca kelewatan akh tersebut. Tidak lama kemudian, mereka pun mengetahui sebab yang menyebabkan akh tersebut sering datang lewat ke halaqah akhir-akhir ini.


Akh tersebut sering naik basikal kepunyaannya untuk hadiri halaqah. Satu hari, sahabat akh tersebut menghadapi kesukaran dan membutuhkan wang. Jadi, akh tersebut menjual basikal kepunyaannya untuk membantu sahabatnya itu.


Akhirnya, ikhwah yang menyiasat tadi pun mengetahui hal sebenar setelah diselidiki. Dan mereka mengambil inisiatif untuk membelikan akh tersebut, basikal yang baharu. Alhamdulillah."



Itulah nilai tadhiyyah yang bermaksud pengorbanan. Tadhiyyah itulah yang menunjukkan 

intelektualitas iman. Bagaimana pentingnya atas jalan kebaikan ini, perlunya sebuah pengorbanan...

Kerana pengorbanan itu akan menguatkan lagi saf dakwah dan tarbiyyah ini.




Ada satu lagi kisah yang diceritakan oleh seorang mutarabbi (ahli halaqah), bahawa pada satu malam di musim haji di Mina, ia bersama dengan sekelompok kawan-kawannya tinggal dalam satu khemah yang bertebaran di Mina. 

Dan itu adalah hari tasyri' yang pertama , di mana seluruh jemaah haji biasanya mengalami kelelahan yang sangat akibat pelaksanaan ibadah haji yang tiada putus-putusnya.


Malam, beliau bangun untuk mengambil wudhu' untuk melaksanakan solat malam. Sepuluh tahun yang lalu, kamar mandi umum belum tersedia dan ternyata beliau menemukan tempat air wudhu' yang disediakan buat jemaah haji telah penuh dengan air.


Sekilas beliau terlihat seorang akh sedang memperbaiki kamar mandi, agar dapat digunakan oleh para jemaah dengan nyaman dan mempermudah mereka melaksanakan ibadah.


Yang membuatkan sang mutarabbi ini terkejut adalah tatkala mendapati akh tersebut adalah pemimpin sebuah perusahaan besar milik pemerintah yang memiliki lebih dari seratus pegawai dan akh tersebut baru sahaja berkomitmen dengan dakwah.


Itulah peribadi yang melekat dalam dirinya. Moga keselamatan dan kebahagiaan mengirinya.






Bagaimana pula pengorbanan kita?

Mari sama-sama kita evaluasi dan perbaiki ruang-ruang yang masih kosong. Mulalah dengan sayangi diri. Maka kita akan mula untuk menyayangi orang lain.

Nilai tadhiyyah bermula dengan cinta dan kasih sayang. Berbuatlah dengan cinta, pasti dengan izinNya kita juga menemui cinta .

Moga bertemu di bawah pohon dalam syurga nanti. Amin ya Rabb... :)

Tuesday 2 September 2014

Himmah Aliyah (Semangat Yang Tinggi)

                     

                        "Ada orang yang cepat masuk ke saf tetapi cepat pula meninggalkannya"

Dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah, nilai ukhuwwah itulah buah keimanan dalam jiwa individu muslim. Tatkala ramai yang menghulurkan tangan untuk keluar daripada jahiliyyah ini, tidak ramai pula yang menghulurkan tangan untuk menarik mereka.

Pada permulaan, kita mungkin semangat untuk membawa dakwah ini. Himmah aliyah kita manifestasikan dalam diri. Namun, dakwah tidak menjanjikan keindahan dan kemudahan. Percayalah, dakwah ini adalah tugas paling sukar. Kalau mudah, pasti ramai yang berpartisipasi dan berganding bahu untuk menjayakannya. Kerana tugas ini sukarlah, ramai yang kecundang atau futur di pertengahan jalan.

Nabi Nuh berdakwah bukan 10 hingga 20 tahun malahan memakan masa lebih daripada itu. Nabi Muhammad juga berdakwah dengan tentangan yang begitu hebat termasuklah tentangan daripada bapa saudaranya. Cinta terhadap dakwah ini bukan hanya termaktub melalui lisan bahkan dakwah ini memerlukan hati, jiwa , pemikiran juga perbuatan dan menuntut pengorbanan seorang insan bergelar da'ie.

Kita bersendirian kita tak akan mampu. Maka, ukhuwwah inilah yang akan menguatkan gerabak dakwah ini. Yang akan menguatkan saf ini. Ketahuilah ikhwah dan akhawat itu adalah manusia seperti orang lain. Yang ada masanya dia akan tinggi semangat dan adakalanya adalah sebaliknya.

Maka ketahuilah betapa tingginya nilai istiqamah dalam membentuk himmah (semangat) dan keazaman. Juga pentingnya kebersamaan antara ikhwah dalam memantapkan safnya. Siapakah pemilik dakwah ini? Allah azza wa jalla adalah pemiliknya. Maka berbuatlah untuk Dia agar kuat hati ini terus melangkah tatkala banyak langkah yang mula goyah untuk meneruskan misi dakwah dan tarbiyyah.

Kita tidak kuat tetapi ketahuilah ikhwah dan akhawat, kita ada Allah al-Qowiy yang menguatkan kita. Allah al-Hadi yang memberi petunjuk buat kita tatkala kita buntu. Yang mengubati luka dalam hati yang menyembuhkan kesakitan dengan rahmat dan kasih sayangNya.

Saat ini, kaum Muslimin mulai bangkit dari tidur panjang yang membuat mereka lupa pada agamanya. Mereka memiliki keinginan untuk kembali bersandar pada agama ini. Semangat keislaman mereka mulai tumbuh dan mulai bergelora seiring dengan perjuangan dakwah.

Oleh sebab itu, para da'ie , murabbi, mahupun pemimpin cerdas yang memiliki cita-cita untuk mengembalikan kejayaan dan kemuliaan umat ini , harus segera meraih tangan-tangan mereka dan membimbingnya ke jalan Islam.                (Petikan daripada buku Kekuatan Sang Murabbi)

Ayuh, kita perbaharui himmah dan mara bersama. Moga bertemu di syurgaNya.




 

i-Imtinan Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork