KEDAMAIAN DI SINI…
Bawa aku ke cahaya itu |
Fuh!
Peperiksaan akhir semester tinggal beberapa hari lagi. Pagi
itu, cahaya matahari menerangi dengan cahayanya yang garang, namun garang itu
mendamaikan bumi yang gelap pada malamnya.
Tiupan angin selalu menenangkan penduduk bumi. Entah mengapa
kali ini tidak bagi diri lelaki itu.
Tiada ketenangan.
Keserabutan semata
menyelubungi dirinya. Terasa gelap di mana-mana. Meski cahaya matahari menerobos
setiap penjuru. Ada yang kurang. Jelas terasa dalam dirinya.
Cahaya dalam dirinya hilang. Cahaya itu entah ke mana-mana
hilangnya . Pandangan hatinya terasa kosong dan kelam. Pohon besar di luar
kamar itu ditatapnya hampir setiap hari.
Bukit-bukau dilihatnya. Dalam renungannya tapi tetapi tetap
sahaja terasa kosong. Tidak memberi erti. Hatinya tak mampu menangis. Melihat
dan cuma ingin pergi.
“Akh, jika engkau terasa down, apa yang engkau
lakukan?”
Dia yang baru duduk dalam ruangan kelas itu memandang teman
yang menuturkan soalan padanya.
Dia diam. Hakikatnya dia sendiri dalam keadaan himmah
daniyah saat ini.
“Atau, akh penuh dengan motivasi dan susah untuk rasa down?”
Sesak jiwanya dengan anggapan itu. Dia bukan sekuat itu
seperti anggappan temannya. Dia seperti yang lain. Memerlukan sokongan dan
dukungan. Dia tidak memerlukan material. Dia perlukan sesuatu lebih dari itu.
Kefahaman dan kasih sayang saat ini. Saat dia merasakan sangat jauh dengan
impian dan cintanya.
Lantas teringat akan satu buku tulisan Muhammad Lili Nur
Aulia.
Nafas-Nafas Ruhani.
Satu kata yang buat dia rasa dekat.
“Tak perlu jauh-jauh, rasakan kedamaian di sini.”
Dalam hati.
Kadang kala bila kita menghadapi sesuatu kesukaran, kita
fikir kita akan pulih jika kita membawa diri atau memberi ruang lain pada diri.
Hakikatnya, kehidupan adalah tentang hati. Hati itu yang
memberi makna kehidupan. Tak perlu jauh-jauh. Rawat hati yang sakit itu.
Rawatlah hati yang terseksa dengan hambatan dunia ini.
Al-Quran.
Tuhan, bantu diri ini!
Tolong bimbing langkah yang bertambah pincang ini.
Diri ini mahu Tuhan di setiap sujud tahajudku.
Mahu cinta itu.
Cinta yang bertamu di setiap langkah kehidupanku.
Cinta untuk Tuhanku.
Kembalikan itu dalam hatiku.
Allah…
Allah…
Allah tujuanku
Air mata itu mengalir lagi. Sakit yang hanya Dia Maha Tahu.
Lelaki itu rindu
Terlalu rindu, akan rasa cinta yang hilang.
Tuhan, kembalikan rasa cinta itu.
Hanya untukMu.