Thursday 16 January 2014

Tarbiyyah itu satu perjalanan


Tarbiyyah itu apa sebenarnya?

Pendidikan ??

Pembelajaran ??

Pengajaran??


Banyak ruang lingkup yang mendefinasikan makna tarbiyyah. Cukup bagi seorang yang bergelar insan itu mengetahui bahawa tarbiyyah itu adalah satu proses yang merubah seseorang dari kurang baik ke arah yang baik atau proses perubahan dari yang baik kepada yang lebih baik.


Tarbiyyah rabbaniyyah dari Allah itu secara langsung tetapi ramai yang tidak menyedari seperti hikmah di sebalik solat , puasa, dan pelbagai lagi perintah Allah yang menjanjikan tarbiyyah melalui rukun iman dan rukun islam itu untuk sang hamba yang sering alpa. 


Oleh yang demikian , seorang manusia perlu sedar bahawa dia adalah agent of change untuk ummah bagi bergerak menyebar tarbiyyah dari Rabb dalam kerangka kejahilan yang begitu meluas. Untuk apakah tarbiyyah ini?


Sudah tentu membawa manusia mengenal Tuhannya terlebih dahulu sebelum mengenali yang lain. Ada orang membawa perkara lain sebelum Islam. Tatkala pemahaman terhadap agama kurang maka akan berlaku kejahilan dalam satu tindakan. Jiwa-jiwa sang daie itu perlu bertapak pada dasar aqidah islam sebelum bercabang pada perkara-perkara lain.


Tatkala kita mengatakan dakwah itu membawa seorang manusia mengenal Tuhan sudah pasti seorang daie yang menyeru kebaikan itu perlu menggunakan sarana-sarana atau cara-cara yang baik dalam menyampaikan dakwahnya.


Bagaimana seorang daie itu dapat menyampaikan dakwah yang suci ini dengan cara kotor dan salah? Dan bagaimana pula daie itu mampu menarik hati orang lain mengenal Allah tatkala hatinya sendiri bergelumang dengan noda dan dosa?


Lantas, kita perlu sedar bahwa tarbiyyah itu bukan dalam kerangka bagi mereka yang jahil sahaja tetapi dalam masa yang sama tarbiyyah itu juga diperlukan bagi mereka yang merasa bertanggungjawab menyebar kebaikan kepada orang lain. 

Tarbiyyah itu proses merubah diri ke arah yang lebih baik dan menyeru orang lain ke arah kebaikan itu.

Dua proses inilah yang menjadi kepentingan tarbiyyah sebagai wasilah keberhasilan dakwah itu sendiri.




Lihatlah alam ciptaan Tuhan ini.


Monologlah dengan hati kalian sendiri.


Muhasabahlah dengan hati dan jiwa sedalamnya.


Mudah-mudahan kita semua dapat memperbaiki diri selalu...Amin.


Sungguh, lelah sekali hidup dalam dunia ini. Maka iman dan islam itu yang mewarnai dan menguatkan apa di dalam diri manusia tatkala dia sudah penat dan letih serta merasa kosong menghadapi materialisme kehidupan dunia.


Letakkan kerangka rabbaniyyah dalam perjalanan menuju kampung akhirat. Jangan ditinggal dunia tetapi letak asas akhirat dalam kehidupan dunia ini.

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّـهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّـهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ ﴿٧٧

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi...”(QS. al-Qashash : 77)

0 comments :

Post a Comment

 

i-Imtinan Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork