Tuesday 10 June 2014

Aku dan Cinta



Aku mencintai Tuhanku tetapi kenapa rasa ini begitu sukar sekali diungkapkan secara zahir. Aku mencintai Penciptaku tetapi kenapa aku lebih cenderung lebih kepada makhluk yang diciptakannya. Cintakah ini tatkala rasa itu tidak selari dengan perbuatan. Mengapa sukar sekali memaknakan cinta ini?

Aku manusia yang punyai keinginan untuk bertemu denganNya tetapi mengapa jahiliyyah ini kembali melekat padaku. Aku tak mengerti dan makin buntu. Aku cemburu pada mereka. Mereka yang Engkau janjikan syurga itu. Kotor sekali aku dengan jahiliyyah ini.

Engkau sangat baik padaku. Jujur, aku menzalimi diriku sendiri. Dosa ini berulang lagi sehingga aku fikir apa punya ruang untukku mencapai cinta yang kuingin? Warna-warni kehidupan membuatku bahagia juga membuatku keliru. Tambah keliru tatkala aku membiarkan ruang-ruang jahiliyyah itu menakluk norma kehidupan dalam ruang lingkup kotak hidupku sendiri.

Kehidupan ini lelah dalam pemikiranku sendiri sedang mereka terus bersungguh mengharunginya. Aku tak kuat tanpa kasih sayangMu meski dalam masa yang sama aku menerima sayang dari insan dunia. Ternyatakah keinginan ini adalah cinta untukMu?

Aku jauhkan diri dari riuk pikuk dunia namun aku tak ketemu juga yang aku inginkan kerana ada sesuatu yang aku terlupakan. MembawaMu bersamaku. Dalam setiap gerak dan tindakan. Aku tinggalkan itu. Entah, aku rasa aku tahu cuma ketahuan juga kesedaran itu sesuatau yang subjektif untuk manusia bernama aku. Apa pantas aku mencari semula jejak-jejak yang telah aku tinggalkan? Evaluasi semula sesuatu yang namanya kesalahan...

0 comments :

Post a Comment

 

i-Imtinan Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork