Wednesday, 7 October 2015

Moment of silence

Its hard to say even a word.....

Banyak manusia, banyak ragamnya. Pelbagai kehidupan, pelbagai mehnah dan tribulasinya. Pelbagai diskusi, pebagai perbicaraannya.

Dia suka belajar kerana kehidupan membuatnya menjadi lebih dewasa. Cuma saat ini, dia tak suka berbicara. Saat ini dia lebih suka memerhati kerana banyaknya keadaan yang baru datang kepadanya membuat dia bertindak memerhati.

Banyaknya provokasi dan persoalan itu membuatnya kadangkala tak bisa bernafas. Persoalan dan lontaran idea itu baik tetapi mestilah berhikmah. Dia terpikat dengan dakwah tarbiyyah ini kerana hikmah dalam nasihat dan juga qudwah itu.

Saat ini, dia merasakan bahawa nilai itu semakin pudar. Banyaknya soalan yang baik cuma lontaran dalam hikmah itu semakin tenggelam. Dia menjadi tidak ingin berbicara.

Dia teringat satu saat dahulu, dia menjadi takut untuk melontar bicara. Tetapi seorang akhawat yang pernah menjadi murabbinya memegang erat bahunya dari arah belakang. Sebagai tanda semangat suapaya dia berbicara. Dengan lontaran itu, membuat dia kuat intuk berbicara dengan berhikmah.

Saat ini, rasa itu tidak ada. Saat diamnya itu bukan bermaksud dia tidak mahu mendengar atau bertindak apa-apa. Tetapi, dia berfikir kerana dia tidak seperti yang lain. Dia mengambil masa yang lama hanya untuk berfikir. Dia berbeza. Itulah dirinya.

Saat ini, dia ingin mengambil satu langkah untuk berundur sementara. Bukan bererti mengalah. Moga moment of silence saaat ini menjadikan dia mampu untuk mengorak dua langkah ke hadapan satu saat nanti. Dengan izin Tuhan....

Kredit

Monday, 13 July 2015

Cinta Sejati Itu Sederhana

Kredit


Kehidupan ini sederhana, manusia itu yang merumitkannya. Allah itu sangat ingin memudahkan kita. 

Dalam Surah Al-Insyirah :

Surah Al Insyirah: "Bukankah Kami  (Allah)telah melapangkan untukmu dadamu? (1) Dan Kami (Allah) telah menghilangkan daripadamu bebanmu (2) Dan yang memberatkan punggungmu (3) Dan Kami tinggalkan bagimu sebutan Namamu (4) Maka sesungguhnya  sesudah  kesusahan itu ada kesenangan (5) Sesungguhnya  sesudah  kesusahan itu  ada kesenangan (6) Maka apabila telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain. (7) Dan hanya kepada TuhanMulah hendaknya kamu berharap (8)"


Menurut Imam As Suyuti, sebab diturunkan ayat ini ialah untuk menggembirakan hati kaum Muslimin yang kerap diejek kaum Musyirikin. Dalam suatu riwayat lain dikemukakan, bahawa ketika turunnya ayat ini, Rasulullah s.a.w  pun bersabda: "Bergembiralah kailan kerana akan datang kemudahan bagi kalian. Kesusahan tidak akan mengalahkan dua kemudahan." ( Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Al Hassan )

Apabila Allah sayang akan hamba pasti Dia akan mengujinya. Ujian yang bagaimana? Dan bukankah ujian itu sukar?

Tentu, sudah pasti itu detik yang sukar.

Tapi, hadapinya dengan sederhana. Tak perlu terlalu fokus akan masalah hingga mungkin kita terabaikan solusi.

Orang yang sukses itu adalah apabila dia berjaya maka dia akan full syukur tanpa takabbur, dan tatkala dia gagal , dia akan full muhasabah mencari hikmah dan ibrah (pengajaran).

Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin. Maka carilah hikmah di setiap nilai kehidupan. Cinta sejati dari Allah itu sederhana kerana Allah Mahu Mengetahui kemampuan hambaNya.

Dan sepatutnya, cinta sejati itu membumikan rasa sederhana. Tidak berlebihan tapi jelas rasanya yang telus.

Anda pernah jatuh cinta?

"Mungkin?"

"Pernah."

"Tak tahulah."

Maka hadapi itu dengan sederhana. Jika benar orang itu cinta sejati kita, maka dia akan datang dengan bergaya satu masa yang tepat. Bukan sendiri, tetapi bersama saff yang berkah dalam menuju pernikahan islami.

Saat ini, mungkin tak tahu harus menghadapi cinta itu bagaimana.

Mungkin ingin melayan terus-terusan atau mungkin juga terus menafikan rasa itu. Aduh!

Jangan ya!

Kerana manusia itu punya fitrah dan nafsu. Jika kita terlalu asyik melayan perasaan yang datang, bimbang-bimbang kita tenggelam dalam keinginan dan nafsu semata.

Manakala, jika kita menafikan dan menolak terus nescaya kita tak mampu kerana kita punya fitrah cinta itu. Terima dan raikan fitrah itu dengan sederhana. Ikutilah cara islami terbaik dalam menanganinya.

Kredit


Memulai berdoa.

Apakah doa yang terbaik?

Doa yang telus dan ikhlas dari jiwa setiap hamba itu yang terbaik. Meletakkan urusan hati padaNya. Allah paling tahu siapa paling sesuai dengan iman dan hati kita.

“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)

Nah, motivasi apa lagi yang kita inginkan setelah datangnya motivasi daripada Al-Quran?!

 Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da­wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang doa,

“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.

Bagaimana jodoh yang datang bukan orang yang kita inginkan?

Senyum aja. Mudahkan :)

Mari tadabbur ayat ini :

“Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)

Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah ada­pun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah)(QS. 2:165).

 Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita. 

Aku titipkan sebuah puisi yang sangat aku gemar bait-baitnya daripada Khairil Anwar

DOA

Kepada Pemeluk teguh
Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namaMu
Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh
cayaMu panas suci
tinggal kerlip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk

Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tak bisa berpaling

Sekian coretan untuk kali ini. :)

Sunday, 31 May 2015

Rasional vs Emosional







Bismillah,



Dah lama tak review isu2 semasa.  :)



Bukan berfokus tentang agenda politik, cuma inilah keadaan dewan rakyat di Malaysia. Unik bukan?!



Sejak zaman sekolah , para pendidik mengajar ambillah pengajaran terbaik daripada apa yang berlaku di sekeliling. Lihat, apa yang baik dan yang buruk dijadikan sempadan. Lawatan ke dewan rakyat sewaktu sekolah, inisiatif terbaik membentuk individu yang cakna.



Tahun pertama, aku menulis satu topik  tentang mahasiswa bertajuk "Rasional vs Emosional". Ilham melalui kelas falsafah pendidikan membentuk satu penerokaan yang lebih besar tentang dunia dan manusia hari ini.



Banyak rujukan dari pakar bidang dan bacaan ilmiah digunakan yang mana sangat penting. Sebagai satu hujah dan untuk membumikan kefahaman yang baik.



Suatu keadaan atau kebenaran perlu dinyatakan dan datang dengan hujah yang jelas. Maka persoalan atau penjelasan juga perlu datang dengan berhikmah. Supaya mesej yang ingin disampaikan dapat dikendali dengan sewajarnya. Antara satu pihak dengan pihak yang lain.



Adakah emosi atau rasional yang menguasai tatkala datang kepada kita satu berita atau keadaan?



Aku tidak tertarik mahu melabel sesiapa, kerana perkara terbaik adalah mengambil pendekatan "lesson" terbaik dari setiap yang berlaku. Apa yang terbaik sebagai individu untuk memperbaik diri dahulu. Dari kesedaran individu itulah asas yang baik untuk memperbaik keadaan yang mendatang



#emosionalvsrasional



Pandangan peribadiku,



Melalui video ini, aku tertarik dengan karekter izzah yang tenang. Aku kira beliau seorang wanita yang hebat abad millenia ini. Kehidupan keluarganya yang sangat mencabar dan cabaran yang beliau hadapi tidak diterima sebahagian masyarakat sewaktu membesar.



Di universiti, beliau ada juga menerima kecaman daripada beberapa individu. Suprisingly, beliau masih mampu mendapat anugerah dekan kelas pertama untuk ijazah sarjana muda kejuruteraan elektronik.



Well, dugaan yang hebat, disediakan untuk orang yang hebat juga!



Ini yang nak belajar sungguh-sungguh ni!!!

Thursday, 30 April 2015

KEDAMAIAN ITU DI SINI

KEDAMAIAN DI SINI…

 Bawa aku ke cahaya itu


Fuh!

Peperiksaan akhir semester tinggal beberapa hari lagi. Pagi itu, cahaya matahari menerangi dengan cahayanya yang garang, namun garang itu mendamaikan bumi yang gelap pada malamnya.
Tiupan angin selalu menenangkan penduduk bumi. Entah mengapa kali ini tidak bagi diri lelaki itu.

Tiada ketenangan. 

Keserabutan semata menyelubungi dirinya. Terasa gelap di mana-mana. Meski cahaya matahari menerobos setiap penjuru. Ada yang kurang. Jelas terasa dalam dirinya.

Cahaya dalam dirinya hilang. Cahaya itu entah ke mana-mana hilangnya . Pandangan hatinya terasa kosong dan kelam. Pohon besar di luar kamar itu ditatapnya hampir setiap hari.

Bukit-bukau dilihatnya. Dalam renungannya tapi tetapi tetap sahaja terasa kosong. Tidak memberi erti. Hatinya tak mampu menangis. Melihat dan cuma ingin pergi.

“Akh, jika engkau terasa down, apa yang engkau lakukan?”

Dia yang baru duduk dalam ruangan kelas itu memandang teman yang menuturkan soalan padanya.
Dia diam. Hakikatnya dia sendiri dalam keadaan himmah daniyah saat ini.

“Atau, akh penuh dengan motivasi dan susah untuk rasa down?”

Sesak jiwanya dengan anggapan itu. Dia bukan sekuat itu seperti anggappan temannya. Dia seperti yang lain. Memerlukan sokongan dan dukungan. Dia tidak memerlukan material. Dia perlukan sesuatu lebih dari itu. Kefahaman dan kasih sayang saat ini. Saat dia merasakan sangat jauh dengan impian dan cintanya.

Lantas teringat akan satu buku tulisan Muhammad Lili Nur Aulia.

Nafas-Nafas Ruhani.

Satu kata yang buat dia rasa dekat.

“Tak perlu jauh-jauh, rasakan kedamaian di sini.”

Dalam hati.

Kadang kala bila kita menghadapi sesuatu kesukaran, kita fikir kita akan pulih jika kita membawa diri atau memberi ruang lain pada diri.

Hakikatnya, kehidupan adalah tentang hati. Hati itu yang memberi makna kehidupan. Tak perlu jauh-jauh. Rawat hati yang sakit itu. Rawatlah hati yang terseksa dengan hambatan dunia ini.

Al-Quran.

Tuhan, bantu diri ini!

Tolong bimbing langkah yang bertambah pincang ini.

Diri ini mahu Tuhan di setiap sujud tahajudku.

Mahu cinta itu.

Cinta yang bertamu di setiap langkah kehidupanku.

Cinta untuk Tuhanku.

Kembalikan itu dalam hatiku.

Allah…
Allah…
Allah tujuanku

Air mata itu mengalir lagi. Sakit yang hanya Dia Maha Tahu.

Lelaki itu rindu

Terlalu rindu, akan rasa cinta yang hilang.

Tuhan, kembalikan rasa cinta itu.


Hanya untukMu.
 

i-Imtinan Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork