Sunday, 31 May 2015

Rasional vs Emosional







Bismillah,



Dah lama tak review isu2 semasa.  :)



Bukan berfokus tentang agenda politik, cuma inilah keadaan dewan rakyat di Malaysia. Unik bukan?!



Sejak zaman sekolah , para pendidik mengajar ambillah pengajaran terbaik daripada apa yang berlaku di sekeliling. Lihat, apa yang baik dan yang buruk dijadikan sempadan. Lawatan ke dewan rakyat sewaktu sekolah, inisiatif terbaik membentuk individu yang cakna.



Tahun pertama, aku menulis satu topik  tentang mahasiswa bertajuk "Rasional vs Emosional". Ilham melalui kelas falsafah pendidikan membentuk satu penerokaan yang lebih besar tentang dunia dan manusia hari ini.



Banyak rujukan dari pakar bidang dan bacaan ilmiah digunakan yang mana sangat penting. Sebagai satu hujah dan untuk membumikan kefahaman yang baik.



Suatu keadaan atau kebenaran perlu dinyatakan dan datang dengan hujah yang jelas. Maka persoalan atau penjelasan juga perlu datang dengan berhikmah. Supaya mesej yang ingin disampaikan dapat dikendali dengan sewajarnya. Antara satu pihak dengan pihak yang lain.



Adakah emosi atau rasional yang menguasai tatkala datang kepada kita satu berita atau keadaan?



Aku tidak tertarik mahu melabel sesiapa, kerana perkara terbaik adalah mengambil pendekatan "lesson" terbaik dari setiap yang berlaku. Apa yang terbaik sebagai individu untuk memperbaik diri dahulu. Dari kesedaran individu itulah asas yang baik untuk memperbaik keadaan yang mendatang



#emosionalvsrasional



Pandangan peribadiku,



Melalui video ini, aku tertarik dengan karekter izzah yang tenang. Aku kira beliau seorang wanita yang hebat abad millenia ini. Kehidupan keluarganya yang sangat mencabar dan cabaran yang beliau hadapi tidak diterima sebahagian masyarakat sewaktu membesar.



Di universiti, beliau ada juga menerima kecaman daripada beberapa individu. Suprisingly, beliau masih mampu mendapat anugerah dekan kelas pertama untuk ijazah sarjana muda kejuruteraan elektronik.



Well, dugaan yang hebat, disediakan untuk orang yang hebat juga!



Ini yang nak belajar sungguh-sungguh ni!!!

Thursday, 30 April 2015

KEDAMAIAN ITU DI SINI

KEDAMAIAN DI SINI…

 Bawa aku ke cahaya itu


Fuh!

Peperiksaan akhir semester tinggal beberapa hari lagi. Pagi itu, cahaya matahari menerangi dengan cahayanya yang garang, namun garang itu mendamaikan bumi yang gelap pada malamnya.
Tiupan angin selalu menenangkan penduduk bumi. Entah mengapa kali ini tidak bagi diri lelaki itu.

Tiada ketenangan. 

Keserabutan semata menyelubungi dirinya. Terasa gelap di mana-mana. Meski cahaya matahari menerobos setiap penjuru. Ada yang kurang. Jelas terasa dalam dirinya.

Cahaya dalam dirinya hilang. Cahaya itu entah ke mana-mana hilangnya . Pandangan hatinya terasa kosong dan kelam. Pohon besar di luar kamar itu ditatapnya hampir setiap hari.

Bukit-bukau dilihatnya. Dalam renungannya tapi tetapi tetap sahaja terasa kosong. Tidak memberi erti. Hatinya tak mampu menangis. Melihat dan cuma ingin pergi.

“Akh, jika engkau terasa down, apa yang engkau lakukan?”

Dia yang baru duduk dalam ruangan kelas itu memandang teman yang menuturkan soalan padanya.
Dia diam. Hakikatnya dia sendiri dalam keadaan himmah daniyah saat ini.

“Atau, akh penuh dengan motivasi dan susah untuk rasa down?”

Sesak jiwanya dengan anggapan itu. Dia bukan sekuat itu seperti anggappan temannya. Dia seperti yang lain. Memerlukan sokongan dan dukungan. Dia tidak memerlukan material. Dia perlukan sesuatu lebih dari itu. Kefahaman dan kasih sayang saat ini. Saat dia merasakan sangat jauh dengan impian dan cintanya.

Lantas teringat akan satu buku tulisan Muhammad Lili Nur Aulia.

Nafas-Nafas Ruhani.

Satu kata yang buat dia rasa dekat.

“Tak perlu jauh-jauh, rasakan kedamaian di sini.”

Dalam hati.

Kadang kala bila kita menghadapi sesuatu kesukaran, kita fikir kita akan pulih jika kita membawa diri atau memberi ruang lain pada diri.

Hakikatnya, kehidupan adalah tentang hati. Hati itu yang memberi makna kehidupan. Tak perlu jauh-jauh. Rawat hati yang sakit itu. Rawatlah hati yang terseksa dengan hambatan dunia ini.

Al-Quran.

Tuhan, bantu diri ini!

Tolong bimbing langkah yang bertambah pincang ini.

Diri ini mahu Tuhan di setiap sujud tahajudku.

Mahu cinta itu.

Cinta yang bertamu di setiap langkah kehidupanku.

Cinta untuk Tuhanku.

Kembalikan itu dalam hatiku.

Allah…
Allah…
Allah tujuanku

Air mata itu mengalir lagi. Sakit yang hanya Dia Maha Tahu.

Lelaki itu rindu

Terlalu rindu, akan rasa cinta yang hilang.

Tuhan, kembalikan rasa cinta itu.


Hanya untukMu.

Friday, 27 February 2015

Bengkel Penyediaan Kenyataan Media

Bismillah
 Jam 8 malam
 Penyampaian : Pak Cik Syed Ibrahim Syed Noh 

PENGENALAN

 1) Terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan dalam menyampaikan dakwah dan mesej untuk mencorak pandangan umum

 2) Antara alat paling penting dalam mencorakkan pandangan umum ialah melalui kenyataan media

 3) Namun masih banyak organisasi yang gagal memanfaatkan saluran media sebagai saluran perubahan 

Kemudian Pak Cik Ibrahim menanyakan pengharapan setiap peserta yang hadir 

PENGHARGAAN

 Aktiviti : Nyatakan apakah pengharapan anda terhadap bengkel ini? Apakah yang ingin anda pelajari daripada bengkel ini?

 OBJEKTIF BENGKEL

 1) Membimbing peserta bagi memahami, mengenalpasti, menganalisis dan menangani isu secara praktikal Kenalpasti masalah dan isu semasa setempat

 2) Mempunyai kemahiran menganalisis isu secara bersistematik

 Kenyataan Media

 1) - Apa itu kenyataan media? Siaran akhbar,kenyataan akhbar,siaran media, kenyataan akhbar atau siaran video dalam bentuk komunikasi bertulis 

2) - Ditujukan kepada siapa? Ditujukan kepada ahli-ahli media berita : untuk pengetahuan umum

3)- Apa tujuannya? Untuk mengumumkan sesuatu yang mempunyai nilai berita Mengapa perlu kenyataan/pendirian

SEBAB-SEBAB SKEMA
-pengumuman : Program , kajian, kempen, laporan,
-pendirian : berkongsi tentang sesuatu berita, peristiwa,insiden dll
-penonjolan : menonjolkan 'visibility' pemimpin
-peringatan/penegasan : mengingatkan orang ramai berkenaan organisasi dan aktiviti anda @ penonjolan organisasi , susuk organisasi

 SEBAB-SEBAB STRATEGIK

-Platform Massa dan terbuka
-Peka dan sensitif dengan isu semasa
-Memimpin Ummah dan Masyarakat
-Ada sikap dan pendirian dalam mencorak pandangan dan memimpin arus perdana
-Wawasan dan Misi perlu dijayakan dengan penglibatan ummah dan masyarakat
-Ruang mendidik, perkongsian dan permuafakatan

Friday, 20 February 2015

untukMu aku bertahan

PROLOG "Apa makna kebahagiaan buat kamu?" Dia menoleh, memandang gadis itu. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut tudung yang dipakainya. Kawasan padang pada petang itu sungguh menenangkan. Pertanyaan itu mudah tapi hatinya sukar untuk menebak jawapan terbaik. Gadis buta yang bahagia di sebelahnya di tatap lama. "Aku cemburu pada bahagia di wajah itu." Gadis itu berkata dalam hati. Tatkala aku sedari kehidupanku tidak seperti yang lainnya, aku tekad aku perlu kuat. Tak mahu membandingkan dengan orang lain. Takut aku akan bertambah kecewa. "Adakah hanya kerna engkau mempunyai abang yang istimewa membuat dirimu tidak menikmati kehidupan selayaknya?" Bersambung...
 

i-Imtinan Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork