Sunday, 15 May 2016

Aku, Anak dan Matematik



'Teacher dah janji hari ni nak ajar math!' Anak itu menutur rajuk.

'Erk!' Aku terpinga. Bila masa pula aku janji nak ajar hari ni. Rabu minggu lepas saja aku janji dan telah aku tunaikan.

Ni mesti kes tak nak baca Qur'an lama-lama. Aduhai...harus bagaimana aku menguasai kelas ini bersama anak-anak?

'Teacher sama saja macam daddy. Kata nak ajar tapi tak pun. You break the promise!'

'Dush!!!' Terasa ada satu beban yang menghantuk kepalaku. Perlahan aku mengetap bibir. Anak-anak ini sejak akhir-akhir ini agak ekspresif aku kira.

Ok2. Kita baca Quran sebentar, lepas tu teacher ajar math, boleh? Aku sudah mati akal. Jika aku tak ajar mereka math, pasti mereka tak mahu membaca Qur'an hari itu.

'Boleh Shara dan Aqif?' Soalku memandang mereka berdua.

'Emm..boleh.' Shara menjawab dengan rajuknya.

'Aqif?' Soalku pada kanak-kanak lelaki itu.

'Tak nak!'

Aduh, Aqif sering membuat kepalaku pusing dengan ketidakmahuannya. 

'Shara kata boleh, betul Aqif tak nak?' Tanyaku sekali lagi.

'Bolehlah'. Lambat Aqif menutur jawapannya namun membuatku senang.

Anak-anak ini sangat meminati matematik. Kontra sekali dengan aku. Angka seperti musuh untukku tetapi aku pernah mencintai matematik sekali. Hanya sekali itu.

Saat aku berumur 17 tahun. Gadis itu menghulur tangannya padaku saat aku tak mampu lagi menguasai angka. Menemani banyak waktuku untuk bantu. Dia tak banyak bicara, tapi sering mendampingiku. Mengajarku tanpa alasan apa pun.

Menemani waktu makan, menemani waktu belajar. Itu pertama kali aku sungguh serius kerana dia mengajarku untuk mencuba dan mencuba. Kali pertama dia menunjukkan ku cara mengira. Untuk kali kedua, saat aku bertanya, dia hanya diam.

'Awak kena belajar cuba setelah buat latihan dengan saya. Lepas tu, kita akan semak jawapan bersama. Kesalahan dari situ yang akan buat awak belajar. Untuk memperbaiki dan tak diulang kembali.'

Dia menutur padaku supaya aku memahami tindakannya.

Alhamdulillah, aku dapat menguasai teknik. Dan sejak itu, aku mencintai matematik. Saat latihan, dia duduk di sebelahku. Kami berdua hanya berdiam diri. Fokus. Itu yang aku belajar banyak darinya.

Saat waktu rehat, kami menghabiskan banyak masa bersama. Ceritera pelbagai. Kebanyakan cerita tentang kami dan teman-teman yang lain. Maklumlah, kami budak sekolah asrama. Hahaha...

Sekarang gadis itu di Mesir. Bakal seorang doktor. Namun, aku masih mengingati momen itu. Tidak bertambah dan berkurang. Dan aku mencintainya fillah...

Jazakillah khair kerana sudi membantuku. Hingga saat ini setiap kali angka dan matematik datang dalam hidupku, momen itu yang membuatku senyum dan menangis. Allah menghadirkan kamu dalam hidupku. Aku bersyukur untuk itu.

Selamat Hari Guru kepada semua pensyarahku, guruku, fasiku, mentorku, buddyku dan teman seperjuangan! Banyak lagi kisah pengorbanan kalian yang tak terlukiskan olehku di sini. Aku juga mencintai kalian fillah :)

Monday, 28 December 2015

Dulu semangat dalam dakwah, kenapa sekarang berbeza?

Dulu semangat dalam dakwah, kenapa sekarang berbeza?

[kredit]


Ini persoalan yang acap kali bermain dalam fikiran hampir sepanjang tahun 2015. Jujurnya, dia masih sangat baru dalam mengenal tarbiyyah. Dia lelah tak menemukan jawapan. Setiap usaha dipaksa terus dan akhirnya jahiliyyah melingkar kembali. Lelah terus...

Saat itu, kembali dia merakamkan dalam jiwa firman Tuhan dalam surah Ar-Rahman. Sudah lama hafazannya tidak diperbaiki. Hari itu, dia mengulang kembali. Firman Tuhannya. Hafazannya...

Buku dakwah kembali ditelaah di lewat senja petang yang menenangkan. Di depannya bukit bukau dan panorama menyapa. Tenang meski sendiri. Jauh dari hiruk pikuk manusia yang bersesak membeli makanan nun di sana.

'KEASYIKAN YANG MEMBUAT IFRATH (SIKAP BERLEBIHAN)'

Satu tajuk biasa baginya. Tiada yang menarik. Namun, dia teruskan bacaan tanpa menghirau dan mendalami tajuk bab tersebut. Angin petang terus membuai jiwanya.

" Sebahagian orang bertanya-tanya tentang generasi muda yang baru tumbuh. Pada awal kehadiran mereka di dunia dakwah ini, hati mereka dipenuh oleh iman, kecintaan, persaudaraan, dan semangat juang. Beberapa tahun kemudian, semangat juang mereka mengendur, pendapat mereka berselisih, lalu bersikap fanatik (taasub) yang memecah-belah mereka.

Fenomena seperti ini terlihat dan terjadi berulang-ulang di banyak negeri Islam dan di berbagai masa. 

Sebab terjadinya hal ini - wallahu a'lam- kerana hati seorang manusia akan merasakan keasyikan dan kenikmatan yang sangat besar apabila ia mampu merealisasikan apa yang diyakininya sebagai satu kebenaran. Namun ia tidak akan pernah puas, bahkan hal itu akan menuntut hal yang lebih jauh, menginginkan kepuasan sepenuhnya dan ingin mencapai puncak kenikmatan dengan segera.

Sehingga ia tidak bisa sabar akibat sifat terburu-buru yang ditanamkan Allah dalam dirinya. Kemudian ia keluar terdorong oleh ketamakan dan ketergesaannya untuk bertindak berlebih-lebihan dalam menyibukkan anggota badan dengan sesuatu yang bisa mendatangkan kelazatan bagi hati.

Lalu ia merasa lelah, dan kelelahan itu tercermin pada hatinya dalam bentuk kebosanan. Dalam kondidi seperti ini, rasa lazat bercampur dengan rasa rugi, sehingga hal itu menjadi beban berat, padahal sebelumnya bagaikan kenderaan yang membawa beban itu.

Rasa rugi terus menekan jiwanya hingga semangatnya menyusut dan menurun, padahal sebelumnya sangat kuat dan tinggi. Semua itu tidak lagi membawa harapan, tidak pula akan memberi kemungkinan bagi orang lain untuk menempati kebenaran, dan tidak pula akan membawa maslahat bagi pihak lainnya.

Sesungguhnya fenomena seperti ini, dalam amal dan tabi'at hati, menafsirkan kepada kita sebahagian aspek dari apa yang kita lihat dalam kegiatan dakwah Islam, berupa adanya kesalahan perencanaan dan tarbiyyah pada para da'ie  generasi muda tersebut. 

Barangkali sebahagian orang berpendapat bahawa solusi masalah ini memerlukan pelbagai penyesuaian, penelitian dan perumusan. Padahal masalahnya lebih dekat dari itu semua bagi orang yang mengalami lebih dekat. Kerana ia bisa mencari solusi melalui pengetahuan sederhana tentang 'siasat hati' tidak jauh dari itu.

Sesungguhnya keinginan para da'ie menyaksikan jemaah satu hati, akan mendorong mereka untuk mencari kelemahan-kelemahan tarbiyyah masa lalu berupa adanya pelbagai fitnah yang menunjukkan penyimpangan dari kaedah-kaedah ta'amul imani (interaksi dengan iman) dan membuat lari para pendukung setia. 

Kita harus memeriksa diri kita dan menyusuli kekurangan kita, dengan jaulah imaniyyah (perjalanan iman) yang panjang untuk memurnikan aqidah, meningkatkan ibadah, memperbaiki akhlaq dan meneguhkan hati kita. Kita harus memurnikan dakwah kita atas dasar imani. Kita harus menjauhkannya dari orang yang ambisius, terburu-buru dan tidak berpendirian."

Dia menanda buku kemudian menutup rapat-rapat. Dia pasti bahawa dia telah menemukan jawapan dalam benak jiwanya selama ini. Belenggu yang menyesakkan pernafasan imannya. Dia memejam mata rapat-rapat. Sebentar lagi azan maghrib akan berkumandang, Tapi dia tak mahu berganjak. Menikmati saat-saat khalwat yang mendamaikan. Pohon bergoyang agak kuat lewat senja yang hening. Kelihatan malam mula menyelimuti langit luas yang bahagia berkumpul bersama awan-awan.

Semangat dakwah itu tidak bermusim tetapi ia mengikut alur iman seorang hamba. Sukarnya menjaga iman, lantas perlu kuat mujahadah. Mutabaah amal dan ibadat sebagai kekuatan. Jalan ini bukan jalan seperti hamparan karpet merah. Banyak tawa dan tangisan yang menemani sepanjang lewati jalan ini.

Sumpah, jalan ini masing panjang!

[Kredit]





Wednesday, 7 October 2015

Moment of silence

Its hard to say even a word.....

Banyak manusia, banyak ragamnya. Pelbagai kehidupan, pelbagai mehnah dan tribulasinya. Pelbagai diskusi, pebagai perbicaraannya.

Dia suka belajar kerana kehidupan membuatnya menjadi lebih dewasa. Cuma saat ini, dia tak suka berbicara. Saat ini dia lebih suka memerhati kerana banyaknya keadaan yang baru datang kepadanya membuat dia bertindak memerhati.

Banyaknya provokasi dan persoalan itu membuatnya kadangkala tak bisa bernafas. Persoalan dan lontaran idea itu baik tetapi mestilah berhikmah. Dia terpikat dengan dakwah tarbiyyah ini kerana hikmah dalam nasihat dan juga qudwah itu.

Saat ini, dia merasakan bahawa nilai itu semakin pudar. Banyaknya soalan yang baik cuma lontaran dalam hikmah itu semakin tenggelam. Dia menjadi tidak ingin berbicara.

Dia teringat satu saat dahulu, dia menjadi takut untuk melontar bicara. Tetapi seorang akhawat yang pernah menjadi murabbinya memegang erat bahunya dari arah belakang. Sebagai tanda semangat suapaya dia berbicara. Dengan lontaran itu, membuat dia kuat intuk berbicara dengan berhikmah.

Saat ini, rasa itu tidak ada. Saat diamnya itu bukan bermaksud dia tidak mahu mendengar atau bertindak apa-apa. Tetapi, dia berfikir kerana dia tidak seperti yang lain. Dia mengambil masa yang lama hanya untuk berfikir. Dia berbeza. Itulah dirinya.

Saat ini, dia ingin mengambil satu langkah untuk berundur sementara. Bukan bererti mengalah. Moga moment of silence saaat ini menjadikan dia mampu untuk mengorak dua langkah ke hadapan satu saat nanti. Dengan izin Tuhan....

Kredit

Monday, 13 July 2015

Cinta Sejati Itu Sederhana

Kredit


Kehidupan ini sederhana, manusia itu yang merumitkannya. Allah itu sangat ingin memudahkan kita. 

Dalam Surah Al-Insyirah :

Surah Al Insyirah: "Bukankah Kami  (Allah)telah melapangkan untukmu dadamu? (1) Dan Kami (Allah) telah menghilangkan daripadamu bebanmu (2) Dan yang memberatkan punggungmu (3) Dan Kami tinggalkan bagimu sebutan Namamu (4) Maka sesungguhnya  sesudah  kesusahan itu ada kesenangan (5) Sesungguhnya  sesudah  kesusahan itu  ada kesenangan (6) Maka apabila telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain. (7) Dan hanya kepada TuhanMulah hendaknya kamu berharap (8)"


Menurut Imam As Suyuti, sebab diturunkan ayat ini ialah untuk menggembirakan hati kaum Muslimin yang kerap diejek kaum Musyirikin. Dalam suatu riwayat lain dikemukakan, bahawa ketika turunnya ayat ini, Rasulullah s.a.w  pun bersabda: "Bergembiralah kailan kerana akan datang kemudahan bagi kalian. Kesusahan tidak akan mengalahkan dua kemudahan." ( Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Al Hassan )

Apabila Allah sayang akan hamba pasti Dia akan mengujinya. Ujian yang bagaimana? Dan bukankah ujian itu sukar?

Tentu, sudah pasti itu detik yang sukar.

Tapi, hadapinya dengan sederhana. Tak perlu terlalu fokus akan masalah hingga mungkin kita terabaikan solusi.

Orang yang sukses itu adalah apabila dia berjaya maka dia akan full syukur tanpa takabbur, dan tatkala dia gagal , dia akan full muhasabah mencari hikmah dan ibrah (pengajaran).

Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin. Maka carilah hikmah di setiap nilai kehidupan. Cinta sejati dari Allah itu sederhana kerana Allah Mahu Mengetahui kemampuan hambaNya.

Dan sepatutnya, cinta sejati itu membumikan rasa sederhana. Tidak berlebihan tapi jelas rasanya yang telus.

Anda pernah jatuh cinta?

"Mungkin?"

"Pernah."

"Tak tahulah."

Maka hadapi itu dengan sederhana. Jika benar orang itu cinta sejati kita, maka dia akan datang dengan bergaya satu masa yang tepat. Bukan sendiri, tetapi bersama saff yang berkah dalam menuju pernikahan islami.

Saat ini, mungkin tak tahu harus menghadapi cinta itu bagaimana.

Mungkin ingin melayan terus-terusan atau mungkin juga terus menafikan rasa itu. Aduh!

Jangan ya!

Kerana manusia itu punya fitrah dan nafsu. Jika kita terlalu asyik melayan perasaan yang datang, bimbang-bimbang kita tenggelam dalam keinginan dan nafsu semata.

Manakala, jika kita menafikan dan menolak terus nescaya kita tak mampu kerana kita punya fitrah cinta itu. Terima dan raikan fitrah itu dengan sederhana. Ikutilah cara islami terbaik dalam menanganinya.

Kredit


Memulai berdoa.

Apakah doa yang terbaik?

Doa yang telus dan ikhlas dari jiwa setiap hamba itu yang terbaik. Meletakkan urusan hati padaNya. Allah paling tahu siapa paling sesuai dengan iman dan hati kita.

“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)

Nah, motivasi apa lagi yang kita inginkan setelah datangnya motivasi daripada Al-Quran?!

 Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da­wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang doa,

“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.

Bagaimana jodoh yang datang bukan orang yang kita inginkan?

Senyum aja. Mudahkan :)

Mari tadabbur ayat ini :

“Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)

Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah ada­pun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah)(QS. 2:165).

 Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita. 

Aku titipkan sebuah puisi yang sangat aku gemar bait-baitnya daripada Khairil Anwar

DOA

Kepada Pemeluk teguh
Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namaMu
Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh
cayaMu panas suci
tinggal kerlip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk

Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tak bisa berpaling

Sekian coretan untuk kali ini. :)
 

i-Imtinan Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork